Connect with us
On Air Di Kool

Gaya Hidup

Makan Sebiji Telur Sehari Boleh Meningkatkan Risiko Penyakit Diabetes Sebanyak 60 Peratus

Makan telur pun kena ada hadnya…

Published

on

Memakan telur sebenarnya bagus untuk mengawal tahap kolestrol dalam badan. Namun, pengambilan sebiji telur sehari mampu meningkatkan risiko menghidap diabetes jenis dua sebanyak 60 peratus.

Menurut laporan dari portal Daily Mail, berdasarkan kajian terkini penyelidik Australia yang mengkaji sampel 8,545 golongan dewasa di China mendapati terdapat hubungan positif antara pengambilan telur yang banyak dengan kadar gula dalam darah yang tinggi. Alamak, so boleh makan telur ke tak ni?

Telur sebelum ini dikatakan berkhasiat dan dikenali sebagai makanan segera yang sihat di United Kingdom (UK), tetapi menimbulkan persoalan dalam kalangan penyelidik diabetes. Melalui kajian terdahulu, memakan telur sebenarnya dapat mengelakkan diabetes. 

 

Bagaimanapun, penyelidikan baharu menunjukkan pengambilan telur setiap hari sama ada direbus atau digoreng boleh menjadikan anda lebih mudah terkena penyakit ini. Jadi mungkin pengambilan telur itu tidak boleh setiap hari sebab ada risiko pula terhadap penyakit diabetes.

Memetik daripada laporan tersebut, diet adalah faktor yang  dapat diubah dan penyumbang kepada permulaan diabetes jenis dua. Pelbagai faktor diet mungkin mempengaruhi peningkatan penyakit tersebut.Walaupun hubungan antara makan telur dan diabetes sering diperdebatkan, kajian ini bertujuan menilai pengambilan jangka panjang  dan risiko mereka menghidap penyakit diabetes.

Kajian itu secara khusus memberi  fokus kepada penduduk di China yang beralih daripada diet tradisional sebelum ini dengan mengambil pemakanan seperti biji-bijian dan sayur-sayuran ke dalam diet makanan diproses meliputi daging, makanan ringan dan telur yang lebih banyak.

Dari 1991 hingga 2009, jumlah individu yang makan telur di China meningkat daripada 16 gram (1991 sehingga 1993) kepada  26 gram (2000 sehingga 2004) dan 31 gram (2009).

Bagi kos rawatan pula, sebanyak AS$760 bilion (RM3.11 trilion) dibelanjakan untuk merawat  penyakit diabetes pada tahun lalu iaitu kira-kira 10 peratus daripada jumlah perbelanjaan kesihatan global.

Walau bagaimanapun, perkara ini masih memerlukan kajian lanjut kerana ia menunjukkan kemungkinan kaitan pemakanan telur yang banyak terhadap penyakit diabetes. Bagi pengetahuan, telur mempunyai kandungan kolestrol sebanyak 187mg, dan garis panduan rasmi mengesyorkan agar penghidap diabetes menghadkan pengambilan jumlah kolesterol harian kepada 200mg.

 

Baca juga artikel menarik lain:

Ketiak Gatal Dan Sakit Lepas Pakai Deodoran? Ini Bahan Kimia Yang Anda Perlu Ambil Tahu!

Peranti Android Anda Mungkin Dalam Bahaya. Padam Segera 17 Aplikasi Ini!

 

 

 

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement