Connect with us
Kool FM

Gaya Hidup

Lelaki Ini Kongsi 102 Tahun Badan Masih Lagi Sihat & Cergas

Kami doakan semoga Pok Tar sentiasa sihat.

Published

on

Kalau lihat sejarah penjajahan zaman jepun dahulu, sudah cukup menggambarkan betapa susahnya kehidupan pada waktu tersebut. Apatah lagi bagi mereka yang melaluinya, sedikit sebanyak meninggalkan pengalaman hitam.

Berikutan itu, pengarah muda Syahmi Sazli membuat video pendek yang memuatkan pengalaman sebenar mangsa-mangsa yang pernah melalui sendiri pengalaman berada di bawah penguasaan tentera Jepun di Kelantan dahulu.

Haji Mukhtar bin Muhamad atau lebih mesra dipanggil Pok Tar telah berkongsi petua kesungguhan dan ingatan beliau yang masih kuat mengenai kejadian yang berlaku suatu ketika dahulu itu bakal membuatkan sesiapa sahaja yang menonton tergamam.

Dalam pada masa juga Pok Tar turut membuat perkongsian petua bagaimana dirinya kelihatan sihat dan cergas walaupun usianya sudah mencecah 102 tahun.

“Kerjalah. Jangan baring dan tidur je. Kalau bab ingatan kuat pula saya tahajjud, solat malam dan kalau tanya bab makan pula saya makan je semua selagi boleh makan,” jelasnya.

Untuk dengarkan ringkasan cerita Pok Tar, jom mainkan video dibawah.

Kami doakan semoga Pok Tar sentiasa sihat.

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja artikel berikut:

Ketua Jurulatih Police Tero FC Jelaskan Faktor Kecergasan Punca Sumareh Tiada Dalam Senarai Pemain

Berat Untuk Terima Keputusan Tetapi Kesihatan, Keselamatan Dan Masa Depan Lebih Utama

 

 

 

Sumber: twitter

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement