Connect with us
Kool FM

Gaya Hidup

Lagi Kes Kena Scam Sehingga 1 Juta Ringgit. Elak Ditipu Dengan Cara Ini

Banyak tu..

Published

on

Haih, meskipun perkara ini sudah berulang kali dinasihatkan namun masih ada lagi yang menjadi mangsa penipuan scam tidak bermaruah ini. Bayangkan jumlah yang hilang bukannya sikit. Tapi melibatkan jutaan ringgit.

Ini yang berlaku di Kajang baru-baru ini. Menurut laporan Harian Metro, seorang guru wanita terpaksa menanggung kerugian lebih RM1.1 juta selepas diperdaya oleh sindiket Macau Scam yang menyamar sebagai pegawai polis.

Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, polis menerima laporan kejadian daripada wanita berusia 49 tahun itu semalam.

Menurutnya, mangsa mendakwa menerima panggilan telefon daripada individu tidak dikenali yang mengaku sebagai pegawai polis memberitahu kononnya kereta mangsa terbabit kemalangan maut dan kegiatan wang haram. Mangsa diarahkan membuka dua akaun bank miliknya dan memasukkan nombor telefon diberi suspek sebagai nombor telefon pemilik akaun.

Selepas akaun simpanan dibuka, mangsa memindahkan wang simpanan miliknya ke dalam akaun diberikan suspek kononnya bagi tujuan siasatan. Dalam pada itu, mangsa juga diarahkan menyediakan wang jaminan menyebabkan mangsa membuat pinjaman peribadi di beberapa bank dan memasukkan wang itu ke dalam akaun diberikan suspek.

Lihatlah, pelbagai cara digunakan untuk penipuan sehingga mangsa akhirnya tertipu.

Baca juga : Pegawai tadbir rugi RM121,300 ditipu Macau Scam

Elak scam dengan cara ini

  1. Jangan jawab panggilan antarabangsa melainkan ia adalah daripada kenalan rapat anda.
  2. Maklumat peribadi seperti nombor akaun bank, password perbankan online, dan juga kod CVV tidak boleh dikongsikan kepada individu tidak dikenali. Jika pihak tersebut meminta maklumat tersebut melalui panggilan telefon, tamatkan sahaja panggilan tersebut.
  3. Catat segala maklumat dan butiran daripada pihak yang menghubungi anda dan beri alasan kepada mereka yang anda sibuk untuk bercakap pada ketika itu dan semak nombor telefon bank anda atau pihak berkuasa undang-undang di laman web rasmi mereka.
  4. Jangan muat turun aplikasi pelik kerana dikuatiri mengandungi Malware atau Spyware yang mampu mendedahkan maklumat peribadi anda.
  5. Guna aplikasi untuk menyemak dan menyekat panggilan yang datang. Terdapat aplikasi yang mampu mengenalpasti nombor sebagai scammer atau tidak.

 

Artikel berkaitan:

Macau Scam pandai cari mangsa berduit

 

 

 

 

 

 

Sumber: Hmetro ,

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement