Connect with us
Kool FM

Gaya Hidup

Ini Rupanya Sebab Kucing Suka Tidur Bersama, Tapi Selamat Ke?

Eh, selamat ke tidur dengan kucing?

Published

on

Kucing merupakan haiwan domestik yang popular untuk dijadikan haiwan peliharaan. Sama ada di bandar atau di kampung, kucing menjadi penghuni wajib di kebanyakkan rumah. Bila kucing sudah selesa dengan kita dan ikut tidur sama di waktu malam,Ā dalam hati kita rasa mungkin kucing kita tu sayang sangat dengan kita. Tapi apa sebab sebenar kucing suka tidur dengan kita?

Terdapat beberapa sebab yang boleh dirungkaikan. Antara sebab kucing gemar tidur bersama kita adalah kerana haba yang dihasilkan oleh badan kita. Kucing memang kebiasaannya suka lepak di tempat-tempat yang hangat supaya badan merekaĀ kekal panas. Disebabkan waktu malam tiada matahari atau tempat yang panas, maka kucing akan pergi ke tuannyaĀ sebagai punca haba. Kalau kita tengok anak kucing baru lahir, dalam seminggu pertamaĀ tuĀ memang banyak habiskan masa berdampingan dengan ibunya.

Selain itu, ia juga sebagai tanda kucing andaĀ rasa selamat bila tidur bersama. Kucing memang rasa senang terdedah kepada bahaya semasa tidur. Sebab tu kucing-kucingĀ ni dari kecil sampailah ke besar akan cari tempat yang selamat untuk tidur. Dan ia juga sebagai tanda kucing ituĀ sayang kepada tuannya. Walaupun kucing kadang-kadang sombong tak nak main dengan kita, tapi sebenarnya dia akan rindu bila dah lama tak nampak kita.

Lagi satu kenapa kucing suka tidur dengan kita adalah sebagai tanda dia sudah ‘menanda’ kawasannya. Kira macam abang long kawasan juga lah kucingĀ ni.Ā Kalau dia dah tandakan katil atau tilam anda, maksudnya tilam itu sudah menjadi ‘kawasannya’.

Akhir sekali, sebab paling munasabah kucing tidur dengan kita di atas katil adalah kerana selesa. Kucing memerlukan lebih kurang 15 jam sehari untuk tidur. Waktu tidur kucing pula lebih banyak pada waktu siang, dan berjaga lebih pada waktu malam. Sebab itu adanya istilah catnapĀ yang merujuk kepada tidur sebentar di waktu siang, dan kalau nak tidur lama-lamaĀ niĀ paling selesa adalah di atas katil. Anak kucing dengan kucing yang sudah berusia memerlukan lebih daripada 15 jam sehari untukĀ catnap.

Selamat Ke Tidur Dengan Kucing?

Ada yang merasakan tidur sekali dengan kucing boleh menganggu waktu tidur kita. Ia disebabkan kucing lebih aktif di waktu malam berbanding siang. Sekiranya kucing bergerak-gerak semasa waktu tidur untuk mendapatkan posisi yang selesa, kita berkemungkinan akan terjaga. Disebabkan hal ini, kita akan sukar untuk mendapatkan tidur yang berkualiti dan akan menjejaskan kesihatan kita.

Sekiranya kita mempunyai alahan terhadap bulu kucing, membiarkan kucing tidur bersama kita semalaman akan mengakibatkan alahan yang teruk. Selain itu, kaki kucing yang kotor selepas bermain di luar juga akan menjadi punca kuman-kuman berada di atas katil kita.

Jika tidur anda terganggu ataupun mendapat alahan daripada kucing, lebih baik jangan biasakan kucingĀ tidur sekali di atas katil. Sediakan satu tempat atau ruang khas tidur untuk kucing anda.

Tetapi bagi pencinta kucing, mungkin hal ini tidak menjadi masalah. Malahan ada yang merasakan kucing mampu menjadi sumber ketenangan sebelum melelapkan mata, dan menjadikan tidur mereka lebih nyenyak. Tidur bersama kucing juga merupakan cara terbaik untuk lebih rapat dengan kucing kesayangan.

 

 

 

 

 

 

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement