Connect with us
Kool FM

Gaya Hidup

Koma Setahun Kemudian Mati Hanya Kerana Suntikkan Di…

‘Beauty is pain’ katanya…

Published

on

Siapalah yang tidak mahu menjadi cantik. Jika ramai mengatakan anda sudah cantik, anda pasti mahukan lebih cantik dari sedia ada. Jika muka sudah jelita, tubuh badan yang lain juga perlu lebih cantik agar kepuasan diri dapat dicapai.

Walau ramai yang tahu risiko melakukan pembedahan plastik, namun masih ramai tidak teragak-agak melakukannya hanya kerana mahu lebih ‘vass’ daripada orang lain.

Malang buat seorang remaja perempuan di Colorado, Amerika Syarikat apabila untuk memiliki payudara yang cantik berakhir tragedi apabila dia maut selepas setahun tidak sedarkan diri.

Emmalyn Nguyen yang baru berusia 19, sebelum ini tiba-tiba koma ketika mahu menjalani pembedahan plastik bagi membesarkan payudaranya di sebuah klinik di Amerika Syarikat pada 1 Ogos tahun lalu.

Foto: Agensi

Sakit Jantung selepas dibius

Menurut sebuah portal, Emmalyn mengalami serangan jantung selepas dibius sehingga pembedahan tidak dapat dijalankan.Berdasarkan writ saman yang difailkan keluarga remaja berkenaan, doktor bedah, Dr Geoffrey Kim hanya menghubungi talian kecemasan, lima jam selepas kejadian.

Akibat kejadian itu, remaja terbabit mengalami kerosakan pada otak kirinya dan memerlukan pemantauan berterusan daripada jururawat persendirian yang diupah keluarganya.

Awal bulan ini, dia menunjukkan petanda positif apabila dilihat tersenyum. Namun, keadaan kesihatannya terus merosot selepas mengalami radang paru-paru kritikal pada 2 Oktober lalu.

Selepas rawatan kecemasan diberikan selain pemantauan kesihatannya, dia disahkan meninggal dunia dua hari kemudian.

“Keluarga Emmalyn kecewa dengan kejadian yang menimpa remaja itu,” kata peguam yang mewakili keluarganya, David Woodruff.

Susulan kejadian, keluarga remaja itu mengambil tindakan undang-undang kerana tidak berpuas hati dengan prosedur kecemasan yang dijalankan klinik berkenaan sehingga menyebabkan mangsa koma. Dr Kim dan doktor bius, Rex Meeker kini berdepan tindakan undang-undang kerana menyebabkan kematian.

“Pihak keluarga sedar kejadian ini bukan sesuatu yang perlu dihebahkan, namun mereka tidak mahu kejadian sama berulang sehingga meragut nyawa individu lain,” kata kenyataan itu lagi.

 

Baca juga:

Bergambar Bersama, Netizen Puji Adik Beradik Ella Semua Cantik-Cantik

Awas Risiko Kecacatan Bayi Jika Ambil Produk Kecantikan Ketika Mengandung

 

 

 

Sumber: Hmetro

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement