Connect with us
Kool FM

Gaya Hidup

Kesihatan Mental Bergantung Pada Kualiti Tidur

Tidur yang mencukupi, anda akan mendapati bahawa otak anda berfungsi dengan baik

Published

on

Di negara kita satu kajian mendapati sebanyak 44 peratus orang dewasa mengalami masalah tidur. Mungkin ada yang merasakan perkara ini tidak memberi kesan pada kehidupan tapi, terdapat pula beberapa kajian menunjukkan kekurangan tidur memberi kesan buruk.

Lebih membiimbangkan lagi apabila hasil tinjauan mendapati seorang daripada tiga rakyat Malaysia berusia 16 tahun dan ke atas sebanyak 29.2 peratus mengalami masalah kesihatan mental, hampir tiga kali ganda berbanding 11.2 peratus yang dilaporkan pada 2006.

Masalah mental tidak mengenal status

Ketika menempuh waktu gelap, kita mesti fokus melihat cahaya. (Sumber: malaysiagazette)

Salah satu punca daripada masalah mental apabila seseorang tidak dapat kualiti waktu tidur yang baik. Ini kerana proses ketika tidur berkait rapat dengan daya berfikir dan memproses maklumat. Jika tidur tidak cukup, secara tidak langsung akan mengganggu prestasi kerja dan produktiviti harian.

Malah, bila dibiarkan keadaan ini berterusan, kemungkinan besar akan berlaku kesan sampingan. Misalnya, meningkatkan risiko serangan jantung, strok dan tekanan darah tinggi. Sebaiknya, berehat. Sedangkan robot pun direhatkan, ini kan pula otak dan badan kita.

Persoalannya, bagaimana untuk dapatkan tidur yang berkualiti?

Jauhi gadget

Tekanan bukan saja buat kita sedih tapi mengganggu ketenangan tidur juga. Jika masalah tersebut benar-benar buat anda tertekan sehingga menganggu corak tidur, apa kata lakukan beberapa jenis aktiviti sebelum tidur sekitar 10 minit sehingga satu jam supaya dapat meringankan tekanan.

Antaranya, membaca bacaan ringan, meditasi, mewujudkan terapi aroma, mandi air suam juga dapat membantu mendapatkan tidur yang lebih baik dan fikir tiada masalah yang boleh bunuh kita. Paling penting jauhi gadget dan soal kerja, dua perkara ini boleh sambung keesokkan hari!

via GIPHY

Suasana tempat tidur

Bagi kebanyakan orang, sedikit suara atau cahaya akan mengganggu tidur. Jadi, gunakan penyumbat telinga, tirai jendela, selimut dan pendingin hawa yang boleh memberikan suasana bilik tidur yang ideal.

Elakkan menyala lampu jika anda terbangun pada malam hari kerana cahaya dikatakan boleh menyebabkan anda berisiko mendapat kanser dan menganggu kualiti tidur.

Ubat

Sebaiknya, elakkan pengambilan ubat yang boleh menangguhkan atau menganggu pola tidur anda. Jika ingin mengambil ubat pastikan dapatkan nasihat doktor untuk mengetahui masalah dan jenis ubat.

via GIPHY

Tidur siang 

Tidur siang akan membuatkan masalah menjadi lebih buruk terutama mereka yang kerap mengalami gangguan tidur pada waktu malam. Jika ingin tidur siang, jangan terlalu lama, memadailah 15 hingga 20 minit saja bagi mengembalikan kesegaran tubuh untuk memberi tumpuan lebih baik ketika bekerja.

Apa pun, kualiti tidur amat penting jika tidak gaya hidup anda tidak sihat. Percayalah, dengan tidur yang mencukupi, anda akan mendapati bahawa otak anda berfungsi dengan baik dan produktif pada hari berikutnya.

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Seorang Doktor Terlalu Penat Merawat Pesakit COVID-19, Tertidur Lalu Pengsan & Meninggal Dunia

Keluarga Ini Hilang Tempat Tinggal Tidur Dalam Kereta, Terkejut Dengan Reaksi Kaum..

 

 

 

 

Sumber: harianmetro

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement