Connect with us
On Air Di Kool

Gaya Hidup

Kenapa Potong Bawang Buat Kita Menangis?

Patutlah pedih je mata…

Published

on

Asal potong bawang je rasa nak nangis. Asal potong bawang je mata rasa pedih gila. Sampai macam-macam cara orang buat untuk menghalang mata dari rasa pedih. Ada yang siap pakai goggles masa potong bawang. Tapi sebenarnya apa yang membuatkan mata kita berair kesakitan semasa potong bawang? Adakah sebab kita sedih melihat bawang yang dalam kesakitan? Hiks! Jadi kali ni jom kita rungkaikan persoalan yang berada dalam fikiran mengenai bawang.

Sebenarnya bawang menghasilkan bahan kimia yang menyebabkan ketidakselesaan yang dikenali sebagai Lachrymatory Factor. Apabila kita memotong bawang, bahan kimia ini akan merangsang bahagian kelenjar air mata sehingga membuat mata kita berasa pedih dan mengeluarkan air mata. Para saintis menyatakan bahawa Lachrymatory Factor merupakan satu enzim yang menjadi punca ketidakstabilan zat terhadap bawang apabila bawang dipotong.

Bawang Sebenarnya Mempertahankan Diri

Sebenarnya pening juga nak faham istilah-istilah para saintis ni sebab kita bukannya mengkaji secara mendalam pasal bawang. Untuk mudah faham, bila kita potong bawang, enzim yang ada dalam bawang tu akan terbang ke udara lalu terkena ke mata kita. Lagi bahaya bila mata anda tengah pedih dan anda pergi gosok mata guna tangan yang pegang bawang tadi.

Terdapat juga kajian yang menyatakan tindak balas chemical dari bawang ni merupakan salah satu cara bawang mempertahankan diri daripada dimakan. Sekiranya berada di hutan dan ada haiwan yang nak makan tumbuhan bawang, enzim yang menyakitkan mata ni lah yang akan menyelamatkan bawang-bawang daripada dimakan. Jangan kata haiwan je ada defence mechanism, tumbuhan pun ada juga. Bagaimanapun, kesan ia terhadap mata hanya untuk memedihkan mata sahaja dan tidak mendatangkan bahaya.

Cara Untuk Elakkan Mata Pedih Semasa Potong Bawang

Pernah tak jumpa kawan-kawan yang tak menangis masa potong bawang? Kira macam mata dia boleh tahan pedih hirisan bawang. Sebenarnya ada juga sesetengah orang yang boleh menahan pedih di mata semasa potong bawang. Ini disebabkan sesetengah orang mempunyai sentitiviti yang berbeza terhadap kelenjar air matanya. Malangnya tidak ada cara untuk kita tune sensitiviti pada mata kita. Jadi adakah setiap kali kita potong bawang kita perlu menahan kesakitan dan kepedihan di mata, atau ada cara untuk mengelakkannya?

Salah satu tips untuk mengelak mata daripada terasa pedih adalah dengan menyejukkan dahulu bawang tersebut. Boleh rendamkan bawang tu dalam bekas yang berisi ais selama 10 ke 15 minit sebelum mula memotong. Kajian menyatakan bahan kimia yang menyebabkan mata kita berair tidak mudah tersebar sekiranya bawang tu sejuk.

Sekiranya anda rasa malas nak rendam bawang tu bagi sejuk, cara lain adalah boleh letakkan kipas di sebelah bawang. Cara ni enzim dalam bawang tersebut akan diterbangkan ke tempat lain dan bukan ke mata anda. Jadi mata anda akan terhindar daripada terkena bahan kimia bawang yang boleh buat mata jadi pedih.

Selain itu, kalau rumah anda ada goggles, pakai jelah masa nak potong bawang tu. Lebih selamat dan kerja memotong pun jadi pantas. Tapi pernah juga terbaca satu cara untuk mengelak mata rasa pedih adalah dengan menguyah chewing gum. Cara ini dikatakan memang berkesan.

 

 

Baca juga artikel menarik lain:

Kenapa Warna-Warna Ni Selalu Buat Kita Rasa Lapar?

Netizen Berang Sindiran Nabil, Azwan Ali Memaafkan..

 

 

 

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement