Connect with us
On Air Di Kool

Semasa

Kenapa Masjid & Surau Saja SOP Ketat Tapi Tidak Di Tempat Lain?

Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob menjelaskan mengapa jemaah dihadkan di masjid.

Published

on

Di media sosial sedang hangat membincangkan tentang isu mengapa di masjid dan surau sahaja mempunyai kawalan ketat sepanjang pandemik COVID-19.

Isu ini membuatkan segelintir masyarakat berfikir ini adalah sebahagian perancangan untuk menggalakkan orang ramai jauh dari Rumah Allah untuk beribadat.

Sumber: twitter

Jadi, dalam satu perbincangan pada 13 November lalu, Menteri Kanan Keselamatan, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob menjelaskan mengapa jemaah dihadkan di masjid.

Katanya, yang menetapkan segala SOP berkaitan masjid dan surau bukan dari pihak kementerian kerana Hal Ehwal Negara Islam terletak di bawah kuasa Duli Yang Maha Mulia Sultan-Sultan di setiap negeri.

Dalam pada masa yang sama juga, seorang pengguna twitter yang menggunakan nama @MahirahIdris turut membuat perkongsian menerusi ciapan twitter mengenai isu ini dari sudut pandangan agama Islam sendiri.

Penjelasan tersebut dibuat oleh Ustaz Zul Ramli. Jom kita dengarkan…

Dalam rakaman video lain, Ustaz Zul ada memetik petikan Nabi Muhamad SAW yang pernah menyebut bahawa Allah akan memberi ganjaran pahala kepada setiap orang yang menjaga dirinya dari perkara yang memudaratkan kesihatan.

Kesimpulan di sini, tiada agenda di sebalik SOP masjid dan surau diperketatkan selain untuk kebaikan kita bersama.

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Perak Zon Merah, Tiada Solat Jumaat Di Masjid

Penemuan Masjid Tertua Di Malaysia

 

 

 

 

 

 

Sumber: twitter , twitter

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement