Connect with us
Kool FM

Gaya Hidup

Kenapa Anak Lambat Bercakap?

Sekitar 26 hingga 45 peratus punca dari genetik dan faktor persekitaran.

Published

on

Dah nak masuk empat tahun pun dia tak boleh cakap dengan baik,”

Menurut Pakar Perunding Perkembangan Kanak-Kanak Hospital Pantai Kuala Lumpur Dr Raja Juanita Raja Lope, kira-kira 15 hingga 20 peratus daripada kanak-kanak berumur dua tahun tidak bertutur mengikut apa yang dijangkakan bagi usia mereka.

Tambahnya lagi, kebanyakan kanak-kanak memang lambat bercakap dan 50 hingga 60 peratus daripadanya akan mahir bertutur apabila mencapai umur empat ke lima tahun.

“Namun, antara lima hingga lapan peratus daripada kanak-kanak mempunyai kecelaruan bahasa dan akan terus mengalami masalah bahasa sehingga ke alam persekolahan atau dewasa.

Sumber: harianmetro

Punca masalah kesukaran bertutur dalam kalangan kanak-kanak adalah disebabkan genetik dan faktor persekitaran.

Menurutnya, sekitar 26 hingga 45 peratus punca dari genetik di mana mungkin kanak-kanak tersebut mempunyai ahli keluarga atau waris terdekat yang mempunyai masalah membaca, menulis serta gangguan bahasa.

“Selain itu, masalah ini juga boleh disebabkan faktor persekitaran dimana ibu bapa kurang berkomunikasi dengan si kecil. Ini kerana terdapat satu kajian yang menunjukkan ibu bapa yang terlatih dan bermotivasi berkesan dalam menggalakkan perkembangan bahasa anak mereka,”

via GIPHY

Namun, untuk mengetahui kronologi umur perkembangan pertuturan dalam kalangan si manja, berikut adalah rujukan pada ibu bapa.

  • 3 bulan – Ingin mengeluarkan suara.
  • 6 bulan – Membebel tanpa kita memahami.
  • 1 tahun – Pandai menyebut satu perkataan pertama. Misalnya, susu, mama, abah, abang, kakak, nak.
  • 1 tahun 6 bulan – Mahir menyebut antara 5 hingga 40 perkataan yang ringkas.
  •  2 tahun – Mengetahui bina 2 hingga 3 ayat dan tahu menyebut 150-300 perkataan.
  • 3 tahun – Mengetahui bertanyakan soalan dan tahu menyebut 900- 1,000 perkataan.
  • 4 tahun – Mengetahui membuat 5 ayat dan tahu menyebut 5,000 perkataan ke atas.
  • 5 tahun – Sudah pandai mengenal huruf dan bertutur dengan baik.

Sumber: santamonica

Cara untuk menggalakkan pemahaman bahasa pada kanak-kanak;

  1. Gunakan minat atau perkara yang dilakukan oleh kanak-kanak untuk berkomunikasi. Bersikap positif apabila kanak-kanak menjawab.
  2. Permainan perkataan berirama – “Perkataan mana bunyinya berirama sama dengan bola?”
  3. Menyanyi berserta aksi tindakan – contohnya “Ini kepala dan bahu, ini pula lutut dan jari kaki” atau “bila anda gembira tepuk tangan.”

Kesimpulan di sini banyakkan berinteraksi dengan kanak-kanak yang semakin membesar untuk membantu tumbesaran mereka.

 

 

 

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Apa Tanda Kalau Hubungan Suami Isteri Asyik Datang Musibah?

Tak Cakap Dengan Pasangan Ketika Gaduh Rupanya Jadi ‘Racun’ Dalam Perhubungan

 

 

 

 

Sumber: twitter , metro

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement