Connect with us
Kool FM

Gaya Hidup

Kena Tahu Tindakan Utama Bila Terhidu Bau Gas Di Rumah

Jika waktu malam terjadi….

Published

on

Bau gas yang kuat pastinya dapat dikesan jika di waktu siang saat ahli keluarga berada di rumah kerana baunya yang kuat. Anda yang menyedarinya pasti akan segera melakukan tindakkan sepatutnya sebelum kejadian tidak diingini berlaku.

Namun, keadaan mungkin menjadi teruk jika kebocoran gas berlaku di waktu malam di saat anda sedang nyenyak tidur. Sekiranya perkara tersebut berlaku, apa yang perlu anda lakukan?

via GIPHY

Nasihat dari pihak bomba…

Jangan panik! Kami ada jalan penyelesaian, jom ikuti turutan yang disarankan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia. Antaranya adalah…

  1. Tutup injap gas.
  2. Buka pintu dan tingkap untuk pengudaraan.
  3. Elakkan membuka sebarang suiz sebelum bau tersebut hilang.
  4. Periksa keadaan tong gas, kepala injap, keadaan silinder dan hose salur ke dapur.
  5. Lakukan ujian mengesan kebocoran. jika ada, sila tukar dengan segera.
  6. Setelah diganti dengan yang baru, periksa semula dengan menggunakan air sabun.

Sumber: cariangoogle

Jika waktu malam terjadi dan perlukan cahaya untuk melihat dan memeriksa, mungkin cara lain yang anda boleh buat adalah gunakan lampu suluh telefon pintar seketika.

Pihak bomba turut menerangkan punca gas terbebas keluar, antaranya dapur kegunaan harian telah terlalu lama tidak bertukar ganti, hose saluran dapur gas akan bocor di lipatan tersebut ataupun gas tersebut tidak di letakkan secara sempurna sehingga menyebabkan hose dalam keadaan berlipat.

Harap kita semua ambil perhatian tentang isu kecil ini kerana mungkin boleh menyelamatkan banyak nyawa.

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Lari Rumah Gara-Gara 10 Bulan Dirogol Bapa Kandung

Tak Banyak Gerak Pun Tapi Kenapa Duduk Rumah Badan Tetap Berbau?

 

 

 

 

Sumber: fb

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement