Connect with us
Kool FM

Gaya Hidup

Kalau Semua Toner Tak Sesuai, Cuba ‘Homemade’ Toner Bunga Mawar Pula

Mungkin dengan cara ini boleh memberi kesan positif pada kulit anda, selamat mencuba!

Published

on

Tak dapat dinafikan semua golongan wanita tahu fungsi toner pada wajah tapi bagi yang masih lagi terpinga-pinga apa itu toner, doktor kulit wajah Dr. Joel Schlessinger ada penjelasannya.

Menurutnya, fungsi toner adalah untuk menghilangkan kotoran dari sisa solekan dan minyak wajah dengan lebih mendalam serta menegangkan, memperbaiki dan menghaluskan kulit wajah.

Sayangnya, tak ramai boleh pakai disebabkan faktor jenis kulit yang mungkin tidak sesuai tapi memandangkan dermatalogi dari Yale, Dr. Alicia Zalka mengatakan, toner merupakan langkah kedua proses wajib dalam pembersihan wajah, jadi kami ada jalan penyelesaian untuk mereka yang berkulit sensitif.

via GIPHY

Caranya buat toner sendiri di dapur rumah tanpa menggunakan bahan kimia atau pengawet. Jom kita lihat cara membuat toner homemade bunga mawar!

  1. Ceraikan kelopak bunga mawar.
  2. Rebus sehingga kelopak bertukar warna menjadi pucat atau putih.
  3. Keluarkan kelopak yang sudah bertukar warna dan rebus lagi untuk pekarkan tekstur.
  4. Masukkan ke dalam botol spray yang bersih.
  5. Gunakan toner bunga mawar pada wajah.

via GIPHY

Tip lain…

Jika inginkan toner tahan lama, simpan dalam peti sejuk. Lagipun bila tekstur toner bahan alami dalam keadaan sejuk, secara tak langsung akan berikan kesegaran.

Lagi satu, toner alami hanya bertahan selama seminggu saja. Lebih dari itu, khasiatnya sudah hilang. Sebaiknya, cukup rebus sekuntum bunga mawar.

Mudah je kan? Rebus je bunga mawar tu. Silap-silap muka anda lebih bersih berbanding orang yang menggunakan toner beratus-ratus ringgit kerana 0% campuran bahan kimia.

Mungkin dengan cara ini boleh memberi kesan positif pada kulit anda, selamat mencuba!

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

“Tak ada masalah jika dia mahu dua atau tiga..” – Mawar Rashid Izinkan Suami Asalkan Ada Kemampuan

Kelopak Mawar Di Pusara Ashraf Tanda Kasih Bunga Citra Lestari Sempena Ulang Tahun Perkahwinan Ke-12

 

 

 

Sumber: dream

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement