Connect with us
On Air Di Kool

Gaya Hidup

Jom Pergi ‘Weekend Getaway’, Elak Mabuk Perjalanan Dengan Tip Ini

Cakap je nak pergi mana..kita onz!

Published

on

Alright, pernah tak anda terasa loya dan ingin muntah ketika dalam perjalanan sama ada perjalanan di darat menggunakan kereta, di udara ketika menaiki kapal terbang, atau di laut mengunakan feri atau bot. Jika ya, anda dikategorikan sebagai seorang yang mabuk perjalanan.

Elak terlalu memikirkan bahawa anda akan muntah. Anda sepatutnya menikmati keindahan di sekeliling anda, berborak, mendengar lagu mahupun tidur.”

Bagi yang tidak biasa dengan situasi perjalanan jauh, perasaan kurang selesa seperti mual, perut kurang selesa dan pening kepala sering menjadi halangan untuk bercuti jauh. Jangan dibiar masalah ini kerana ia akan spoilkan mood anda dan orang lain untuk bercuti atau pulang ke kampung halaman.

Sumber Foto: 123rf.com

Mabuk perjalanan disebabkan oleh gangguan keseimbangan akibat daripada pergerakan yang berterusan atau perubahan kedudukan berulang-ulang. Keseimbangan dapat dicapai apabila mata dapat menganggar kedudukan jarak dan bahagian dalam telinga dapat mengesan posisi atau kedudukan tubuh.

Perjalanan di dalam kereta misalnya menyebabkan jarak penglihatan terhadap objek luar berubah-ubah dan maklumat yang berubah-ubah juga akan dihantar ke otak untuk ditafsirkan. Hasilnya berlaku ‘kecelaruan’ maklumat dan menyebabkan pening atau mabuk. Keadaan yang sama juga berlaku apabila berada di dalam bot pergerakan bot di atas air yang bergoyang-goyang menyebabkan sistem keseimbangan tubuh terganggu lalu menyebabkan mabuk laut.

via GIPHY

Elak terlalu memikirkan bahawa anda akan muntah. Anda sepatutnya menikmati keindahan di sekeliling anda, berborak, mendengar lagu mahupun tidur. Ramai yang beranggapan bahawa membaca menghilangkan rasa ketakutan dan ketidakselesaan.  Hakikatnya, ia memudaratkan anda kerana membaca memerlukan mata anda terus melihat dan membaca dengan betul.

Namun, bagi anda yang tidak merasa mual, membaca adalah untuk mengelak rasa bosan. Tip paling popular untuk elak mual ketika perjalanan jauh sama ada menaiki pesawat atau kenderaan darat adalah dengan mengunyah gula-gula getah berangin. Gula-gula getah ini akan mengambil alih perhatian anda dengan rasa dan daya mengunyah ini.

EKSTRA TIP!

Sumber Foto: 123rf.com

Kebanyakan akan mengambil ubat tahan muntah sebelum memulakan perjalanan sebagai langkah berjaga-jaga. Walau bagaimanapun terdapat beberapa tip untuk mengelak dan mengurangkan mabuk perjalanan tersebut. Antaranya:

  • Sentiasa pandang jauh ke hadapan semasa berada dalam kenderaan yang bergerak.
  • Elakkan bau-bauan yang kuat (minyak kereta, makanan atau wangian boleh mendatangkan rasa pening).
  • Elakkan menunduk atau melihat telefon bimbit dalam kenderaan yang bergerak.
  • Dapatkan rehat yang secukupnya sebelum perjalanan. Sebaiknya mulakan perjalanan di waktu siang atau terang.
  • Jika mudah merasa pening duduklah di kerusi hadapan bagi penumpang kereta atau di bahagian tengah dan memandang ke hadapan jalan.
  • Menutup mata atau cuba untuk tidur juga dapat mengurangkan mabuk perjalanan.
  • Jika anda memandu kereta, elakkan menekan brek berulang-ulang, kekalkan kelajuan agar perjalanan lebih stabil dan penumpang tidak rasa loya.
  • Mengambil hidangan berat sebelum memulakan perjalanan mampu meningkatkan peluang diserang rasa kurang selesa di dalam perut anda. Makanan berat yang anda ambil biasanya mengambil masa yang lama untuk hadam.
  • Ramai yang kurang tahu bahawa memilih tempat duduk berdekatan tingkap membantu anda duduk di dalam keadaan stabil dan selesa. Hal ini kerana, duduk berdekatan sayap pesawat akan menghantar isyarat kurang gegaran ke otak anda kerana walaupun pesawat sedang bergegar, tetapi sayapnya tetap tidak bergerak.

Sumber: cnnindonesia hellosehat

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement