Connect with us
Kool FM

Gaya Hidup

Jimat Sis! Ini Resipi Mudah Daging Harimau Menangis

Senang je sis.. Campur, perap,bakar!

Published

on

Bila dekat luar, tak tahu nak makan.. Bila dirumah pula, tak tahu nak masak apa. Itulah dilemma yang sering melanda mak-mak bila bangun pagi, nak masak apa hari ini untuk keluarga? Sekali sekala bolehlah nak order online, tapi kalau dah setiap hari nak makan masakan luar, ‘haus’ poket mak ni haa wahai anak!

Oleh itu, ramai yang mula kongsikan resipi simple dan ringkas yang boleh memudahkan kerja mak-mak di dapur selain order online. Opps! Antara banyak-banyak resipi, ada satu yang telah menarik perhatian ramai memandang ia merupakan salah satu menu hangat di sosial media kerana ia dijual oleh ibu kepada salah seorang selebriti cantik di Malaysia.

Menu yang dikatakan semestinya ialah daging harimau menangis. Ya, menangis sis makan! Kalau nak rasa air tangan orang lain bolehlah beli online, tapi kalau satu keluarga ada 10 orang ahli keluarga berapa banyak pula nak beli? Jadi, penyelesaiannya ialah kita masak sendiri baru puas hati semua dapat jamah bersama.

Di Facebook, seorang wanita menggunakan nama Syaa Fikaa telah berkongsi resipi daging harimau menangis telah mendapat 9 ribu shares dan hampir 300 komen di satu group diberi nama Masak Apa Hari Ni (MAHN).

**Disclaimer: Tiada harimau yang terkorban dalam menu masakan ini

Bahan-bahan untuk resepi tersebut agak mudah untuk dicari.. jadi anda jangan risau, hujung minggu nanti boleh minta tolong cik abang belikan ya. Di sini kami akan sediakan senarai bahan-bahan yang ada perlu, iaitu:

Bahan untuk perap daging:

  1. Daging
  2. Sos tiram
  3. Gula kabung
  4. Lada hitam
  5. Bawang putih
  6. Sedikit minyak masak

Bahan untuk sos pencicah:

  1. Bawang putih
  2. Bawang merah
  3. Gula kabung
  4. Cili padi hijau+merah
  5. Sos tiram
  6. Nampla
  7. Perahan limau nipis
  8. Daun ketumbar

Cara buat perapan daging pula ialah:

  1. Campur kesemua bahan perapan daging tadi (kecuali minyak masak) selama 30 minit
  2. Selepas 30 minit, masukkan sedikit minyak masak dan gaul sebati. Biarkan ia perap selama 2 jam.
  3. seterusnya, bakar daging tersebut.

Manakala untuk sosnya pula:

  1. Campur kesemua bahan sos tadi
  2. Gaulkan ia sebati
  3. Masukkan sedikit perahan limau nipis
  4. Siap untuk dihidang

Sebagai peringatan, pastikan daging anda tidak terlalu lama dibakar untuk elakkan ia keras. Nampak macam leceh, tapi sebenarnya campur je bahan-bahan, perap, bakar dan siap! Untuk penggemar daging mungkin akan jadikan menu ini pilihan mereka jika sudah tak tahu nak makan apa. Apapun, selamat mencuba!

 

Baca juga artikel menarik yang lain:

Ini Dia Resipi Pulut Kuning Lembut, Cukup Rasa Dan Cantik, Pasti Mak Mertua Suka!

Betty Rahmad Kongsi Resipi Lauk Melayu Kegemarannya Dengan Peminat

 

 

 

 

Sumber: Facebook MAHN, Facebook Syaa Fikaa

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement