Connect with us
Kool FM

Gaya Hidup

Jeffrydin Kongsi Rahsia Sihat Pada Usia 74 tahun. Cuba Juga Kaedah Orang Jepun Hidup Lama

Tip yang sangat berguna!

Published

on

Pada usia 74 tahun, Datuk Jeffrydin, seorang penghibur lagenda era 1960-an, masih kelihatan sihat dan bertenaga. Rahsianya? Penjagaan pemakanan harian dan rutin melakukan senaman ringan adalah petua kesihatan yang diamalkan Jeffrydin.

Menurut Jeffrydin,  dia bersyukur kerana terus diberikan kesihatan yang baik termasuk tiada sebarang penyakit kronik. Selain itu, beliau turut berkongsi rutin hariannya yang bangun seawal jam 5.30 pagi untuk melakukan senaman selepas subuh dengan berjalan di persekitaran rumahnya. 

Dalam pengambilan makanan pula, beliau tidak  mengambil makanan sejuk dan berminyak kerana tidak baik untuk kesihatan badan. Tambahan lagi, beliau turut mengamalkan minum air suam, susu segar atau susu tepung sebelum tidur. Begitulah rahsia penjagaan kesihatan Jeffrydin yang masih nampak sihat walaupun usianya sudah mencecah kategori warga emas. 

Rahsia Hidup Lebih Lama Dari Negara Matahari Terbit

Dalam masa yang sama, rasanya kita semua sedia tahu juga bahawa negara yang paling ramai penduduknya yang hidup lama adalah Jepun. Jadi apa pula rahsia penduduk di Jepun sampai boleh kekal sihat di usia senja? 

1. Pilih Menu Makanan Yang Kurang Kalori

Di Jepun, kebiasaannya pada satu masa menu makanan mereka adalah semangkuk kecil nasi, semangkuk sup miso dan tiga hidangan sampingan dalam piring atau mangkuk kecil terdiri daripada saiz sederhana ikan, daging atau tahu serta dua jenis sayuran. Selain itu, mereka juga mengambil lebih banyak buahan, sayuran, bijirin penuh dan ikan, yang rendah kalori.

2. Dibenar Makan Manisan & Snek

Orang Jepun masih membenarkan diri mereka menikmati manisan dan snek, namun hanya dalam jumlah dan kekerapan yang berpada. Kebiasaan makanan dihidang dalam pinggan kecil. Jadi anda masih boleh nikmati aiskrim kegemaran anda dalam jumlah yang berpatutan. Tetapi sebagai langkah untuk elak daripada digoda teruk, jangan simpan snek atau aiskrim dalam rumah.

3. Teruskan Mengambil Nasi

Nasi putih merupakan makanan ruji penduduk Jepun serta masyarakat Asia lain. Sebagai contoh, penduduk Jepun sering memakan Sushi yang bukan makanan tinggi glisemik kerana nasi dicampur dengan makanan lain seperti ikan, sayuran dan rumpai laut. Memakan makanan campuran seperti yang diamalkan rakyat Jepun dapat meminimumkan atau menghapuskan kesan negatif glisemik.

4. Rajin Berjalan

Menurut WHO, lebih 98 peratus kanak-kanak Jepun berjalan atau menunggang basikal ke sekolah. Nampaknya pada usia muda lagi mereka sudah mengamalkan penggunaan fizikal dalam kehidupan seharian. Amalan berjalan ini akan membentuk tabiat sehingga menjadi rutin sepanjang hayat buat penduduk Jepun. 

5. Mengawasi Gaya Hidup Sejak Kecil

Pembentukkan gaya hidup adalah lebih mudah jika dimulakan sejak kecil. Ibu bapa di Jepun memberi inspirasi kepada anak-anak mereka sejak bayi lagi untuk cuba menikmati pelbagai makanan sihat yang berbeza, termasuk memakan pelbagai jenis buahan dan sayuran. Kanak-kanak juga sering makan bersama keluarga sebagai amalan biasa. Jadi dari situ amalan gaya hidup sihat lebih mudah terbentuk.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat dah boleh mula diamalkan sekarang. Mungkin pada permulaannya sukar, namun bila dah terbiasa ia akan menjadi rutin harian kita.

 

Baca juga artikel menarik lain:

Ini Rupanya Sebab Kucing Suka Tidur Bersama, Tapi Selamat Ke?

6 Haiwan Yang Dikenali Dengan Sifat Setia

 

 

 

 

Sumber : Harian Metro & Berita Harian

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement