Connect with us
Webinar Kool

Gaya Hidup

Jangan Salah Faham, Kemurungan & Kerisauan Dua Perkara Berbeza

Jom kita lihat perkongsian dari Public Health Malaysia.

Published

on

Kalau cari isu bunuh diri di internet akibat kemurungan, hasil carian pasti menunjukkan beribu kes terjadi di seluruh dunia. Laporan dari epidemiologi menunjukkan di Malaysia, kadar penyakit ini adalah sebanyak dua peratus dalam kalangan masyarakat.

Malah, jika kita lihat kes di luar negara terutama Korea Selatan ramai rakan artis mereka dikatakan bunuh diri gara-gara menghidapi penyakit murung kerana sering mendapat kecaman dari netizen dan sudah kurang popular.

via GIPHY

Simptom kerisauan lain pula…

Tapi anda perlu tahu juga perbezaan antara kerisauan dan kemurungan. Kerisauan terjadi apabila timbul satu masalah dalam hidup seseorang sehinggakan dia merasakan tiada jalan keluar padahal jika dia betenang dan berfikir secara rasional, pasti ada jalan penyelesaian.

Manakala, kemurungan adalah gangguan perasaan seseorang yang menyebabkan seseorang merasa sedih yang berpanjangan, keletihan, ketiadaan tenaga, cepat marah serta hilang minat dalam aktiviti harian.

via GIPHY

Perbezaan kemurungan dan kerisauan…

Jom kita lihat perkongsian dari Public Health Malaysia menerusi laman akaun Facebook tentang perbezaan kemurungan dan kerisauan dengan lebih teliti.

Mana tahu, dari sini anda dapat kenal pasti anda dalam kumpulan yang mana satu.

Untuk pengetahuan anda kemurungan boleh berlarutan sekurang-kurangnya dalam masa dua minggu dan penyakit ini boleh dihidapi oleh sesiapa sahaja tidak kira umur, jantina atau bangsa.

Manakala, kerisauan pula berlaku pada sesetengah masa saja apabila timbul satu masalah dan jika terlalu terbawa-bawa, kemurungan akan menyerang.

Mungkin penyakit kemurungan tidak nampak secara zahir tapi bila sudah menjenguk diri kita memang susah untuk keluar tanpa nasihat doktor dan pakar kaunseling.

Tapi, apa yang penting teruskan berada dalam kelompok positif. Team Kool FM doakan mereka yang menghidapi penyakit mental ini dapat keluarkan diri mereka dari kotak hitam yang menyelubungi mereka.

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Selain Kurangkan Kemurungan, Ini 4 Khasiat Pisang Yang Mungkin Anda Tak Tahu

Apa Nak Buat Bila Rasa ‘Down’ Lepas Tengok Bentuk Badan Sendiri?

 

 

 

 

 

Sumber: publichealthmalaysia

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement