Connect with us
Kool FM

Gaya Hidup

Jangan Guna Minyak Masak Berulang Kali, Doktor Ini Dedah Risiko Dapat Penyakit Kronik

Doktor ini kongsi risiko yang dihadapi kalau gemar guna minyak masak berulang kali…

Published

on

Siapa yang rajin memasak tu tentu biasa kitar semula minyak masak untuk digunakan lagi beberapa kali. Kadang-kadang tu rasa membazir nak buang sebab baru guna sekali untuk menggoreng. Minyak pun nampak masih bersih lagi selepas digunakan kali kedua, jadi kita pun simpanlah untuk digunakan kemudian. Tapi tahukah anda amalan menggunakan minyak masak berulang kali mampu membawa mudarat terhadap tubuh badan kita. 

Itu apa yang dikongsikan oleh seorang doktor tentang bahaya menggunakan minyak masak secara berulang kali. Menurut Dr. Ahmad Samhan, minyak masak yang digunakan berulang kali boleh mengundang risiko mendapat penyakit atherosclerosis (salur darah tersumbat), penyakit hati, penyakit jantung, penyakit Alzheimer, Parkinson dan barah. Alamak, banyaknya penyakit-penyakit kronik yang berisiko kita dapat.

Sisa Toksik Dalam Minyak Masak

Menerusi penjelasan berikutnya, macam mana minyak masak ini mampu memudaratkan kesihatan adalah kerana selepas ia digunakan untuk menggoreng, ia akan melepaskan sisa toksik yang dikenali sebagai aldehydes. Kemudian, makanan yang digoreng menggunakan minyak masak tersebut akan meresap pula sisa toksik aldehydes ini. Jadi itulah risiko yang dihadapi apabila sering menggunakan minyak masak secara berulang.

Bagaimanapun, kita sebagai pengguna memang rasa sayang nak buang terus minyak masak tu. Jadi, Dr. Samhan juga ada kongsikan pesanannya sekiranya ingin menggunakan semula minyak masak tersebut. Sebaiknya minyak masak digunapakai maksimum sehingga dua atau tiga kali sahaja. Kalau dah gunakan kali ketiga, lebih baik tukar minyak yang baru. Kalau minyak tu dah bertukar warna menjadi perang kehitaman, lagilah tak boleh digunakan dan perlu dibuang. 

Selain itu, Dr. Samhan juga berpesan minyak sisa menggoreng haiwan yang berdarah seperti ayam, ikan atau daging seelok-eloknya tidak diguna semula dan terus dibuang kerana darah haiwan itu akan meningkatkan kandungan karbon dan mengubah struktur asid lemaknya. Ini akan membahayakan kesihatan kita. Antara pesanannya yang lain adalah seperti:

Jadi, minyak masak ini tidak sesuai digunakan secara berulang kali untuk masakan seterusnya. Minyak yang dikitar semula pula hanya sesuai dijadikan sebagai bahan bakar biodisel. 

 

Baca juga artikel menarik lain:

“Tak Baik Fitnah, Uncle” – Dituduh Lakukan ‘Jenayah,’ Ramai Kagum Danish Harraz Matang Tepis Dakwaan

Sakit Jantung Dan Mati Ketika Menunggu Hukuman, Jasad Wanita Ini Tetap Dihukum Gantung

 

 

 

 

Sumber daripada: Twitter

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement