Connect with us
Kool FM

Gaya Hidup

Jangan Ambil Ringan, Ini Simptom Ekzema Pada Si Manja

Berikut adalah beberapa alternatif lain selain menggunakan krim atau ubat-ubatan.

Published

on

Individu yang mempunyai ekzema akan senang untuk dapat penyakit alahan yang lain seperti asma, alergik, resdung atau alahan pada makanan,”

Radang ekzema adalah masalah kulit yang melibatkan kegatalan dan penebalan kulit yang bermula daripada awal usia kanak-kanak iaitu sekitar dua tahun.

Radang ekzema boleh berlaku jika terdapat iritasi kulit yang disebabkan oleh bahan kimia seperti, bahan yang terdapat dalam pencuci mandian buih, syampu, serbuk cuci dan pelembut fabrik.

Jadi, apabila kanak-kanak terdedah dengan kesemua bahan tersebut, maka sel darah putih akan menghasilkan satu protein yang dikenali sebagai Immunoglobulin E, yang akan menyebabkan keadaan kulit si manja menjadi merah, panas, kering, gatal dan merekah.

Sumber: clickvitamin

Bagaimanapun, menurut doktor perubatan swasta, Khairul Faizie Mohammad Kamar, penyakit ini mempunyai terdapat banyak kategori. Antaranya Contact Dermatitis, Nummular AczemaSeborrhoeic Dermatitis, Artopis Dermatitis (AD). 

Sebagai ibu bapa, pasti anda ingin mengetahui bagaimana untuk merawat penyakit ini untuk kesihatan si manja. Malangnya, ekzema tidak dapat dipulihkan tetapi boleh dikawal dengan rawatan yang sesuai.

Berita baiknya lagi ialah, kebanyakan kanak-kanak yang menghidap ekzema akan beransur pulih menjelang umur belasan tahun tapi harus juga mengetahui cara rawatan untuk mengawal simptom ini.

Cara mengawal…

Antara rawatan yang sesuai untuk mengawal penyakit ini adalah meminta nasihat doktor untuk menentukan rawatan yang sesuai kerana tidak semua bayi mengalami tahap ekzema yang sama.

  • Ubat pencegah gatal seperti antihistamin.
  • Losyen pelembab, krim untuk menahan kekeringan dan kegatalan.
  • Zrim Steroid digunakan untuk kes-kes yang teruk .
  • Antibiotik jika terdapat jangkitan kuman.

Sumber: blogspot

Untuk pengetahuan, rawatan di atas hanya untuk mengawal dan mengurangkan sahaja, bukan untuk penyembuhan. Namun, terdapat beberapa alternatif lain selain menggunakan krim atau ubat-ubatan. Antaranya:

  • Letakkan anak di bilik yang selesa dan nyaman.
  • Elakkan mandi air panas atau suam.
  • Elakkan memakai baju berlapis-lapis.
  • Gunakan pakaian jenis kapas dan nipis.
  • Elakkan dari fabrik yang kasar.
  • Jangan gunakan sabun apabila mandi.
  • Gunakan krim pelembab selepas mengelap anak anda.
  • Awasi makanan yang menyebabkan alahan dan dapatkan nasihat doktor.

Tidak cukup dengan itu, ibu bapa perlu ambil tahu beberapa kawasan badan si manja yang mungkin dapat memberi perhatian lebih kerana bahagian ini yang sering terkena ekzema selalu menghadapi masalah ini.

Antaranya adalah pelipat lengan, siku, lutut, pipi dan juga leher.

Sumber: Khairul Faizie

Tanda-tanda ekzema…

  • Tompok tompok yang gatal, kekeringan kulit pada tangan, leher, muka, dan kaki.
  • Kemerahan, kulit bersisik dan pertukaran warna kulit.
  • Bengkak kecil yang berair.

Ibu bapa perlu peka dengan keadaan anak kecil dan segera bawa mereka ke hospital jika kondisi anak makin teruk.

 

 

 

 

 

 

 

Sumber : baby center , Khairul Faiziemyhealthgoverment

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement