Connect with us
Kool FM

Gaya Hidup

‘Isteri Kelar 4 Anak Kerana Nampak Syaitan’ – Jangan Pandang Remeh Isu Meroyan

Meroyan bukan mainan!

Published

on

Sejak dua minggu lalu isteri berkelakuan pelik dengan menjerit dan mengatakan bilik ini ada syaitan.”

Sumber petikan daripada Portal Berita Harian

Seorang bayi lelaki berusia lapan bulan maut manakala dua kakak dan abangnya parah selepas dikelar ibu mereka dalam kejadian di kuarters sebuah pusat peranginan di Pulau Mantanani, Sabah. Jerry Yohanes meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala dua kakaknya Nurul Hanisa, 8, Melati, 7, dan abangnya Jehan, 5, parah di leher selepas dikelar dengan pisau dan kini menerima rawatan di Hospital Kota Belud.

Sumber foto: Borneotoday.net

Suspek berusia 30 tahun yang juga ibu kandung mangsa kemudian cuba membunuh diri dengan mengelar leher sendiri namun berjaya dihalang suaminya. Suami kepada suspek dalam keadaan berlumuran darah meminta bantuan kepada Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 16 yang sedang membuat rondaan berhampiran pusat peranginan itu jam 1.40 tengah hari. Lelaki itu dalam keadaan berlumuran darah meminta bantuan dan mengatakan bahawa empat anaknya parah dikelar di kuarters mereka.

Bayi lelaki berusia lapan bulan dipercayai sudah tidak bernyawa dengan kesan kelar di lehernya. Tiga lagi kanak-kanak parah dan turut terdapat kesan kelar di leher. Ibu kepada mangsa turut ditemui parah di leher dipercayai cuba membunuh diri dengan mengelar leher sendiri. Difahamkan, suspek mengalami kemurungan sebelum bertindak mengelar empat anaknya menggunakan pisau.

Menurut Kenyataan Suami Suspek

“Sejak dua minggu lalu isteri berkelakuan pelik dengan menjerit dan mengatakan bilik ini ada syaitan.”

Sumber foto: Bharian

Yohanes Kolin, 54 berkata, pagi sebelum kejadian itu, isterinya yang berusia 30 tahun menghentak-hentak kepalanya pada tiang bilik lalu dia menegur supaya berhenti berkelakuan seperti itu. Yohanes bekerja sebagai tukang kebun di sebuah pusat peranginan di Pulau Mantanani, manakala isterinya suri rumah.

Keadaan dia kembali tenang dan dia minta saya meneruskan pekerjaan sambil membawa masuk empat anak ke bilik. Saya masih tidak percaya dengan apa yang berlaku kerana isteri amat menyayangi anak-anak, lebih-lebih lagi Jerry. Tidak tahu mengapa dia (isteri) bertindak sedemikian kerana anak-anak amat manja dengannya. Malah sebelum kejadian, isteri menyuap biskut dan menuangkan minuman kepada anak-anak,”

Menceritakan detik menyayat hati itu, Yohanes berkata, dia baru pulang ke rumah sebelum terdengar suara anak-anak meminta tolong dari dalam bilik. Dia bersama beberapa anggota dari Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 16 segera ke lokasi kejadian dan membantu menghantar anak serta isterinya yang parah ke hospital menggunakan bot.

Saya terus meluru masuk ke bilik dan membuka pintu namun ia terkunci. Sebaik meninjau dari tingkap, saya terkejut melihat dua anak dalam keadaan berlumuran darah. Lalu saya segera merempuh masuk ke bilik dan lihat isteri sedang mengelar lehernya dengan pisau sebelum menahan tangannya dan merampas pisau yang digunakan itu. Dua anak yang cedera keluar dari bilik. Saya berlari keluar untuk minta bantuan pihak berkuasa yang kebetulan membuat rondaan,” katanya

 Meroyan bukan mainan!

Tekanan perasaan, kemurungan atau meroyan selepas bersalin ialah penyakit psikologi serius. Wanita atau ibu yang mengalami kemurungan lepas bersalin akan berasa amat sedih, putus asa, dan tidak berguna sehingga menyebabkannya mereka suka menyendiri dan menjauhi oleh ahli keluarganya.

Mereka ini disifatkan mengalami kemurungan selepas bersalin melampau yang lebih bahaya dikenali sebagai psikosis lepas bersalin. Psikosis selepas bersalin adalah perubahan hormon yang akan menyebabkan seseorang wanita itu mempunyai pemikiran psikotik, khayalan, halusinasi dan pergolakan yang mendorong seseorang untuk mencederakan diri sendiri atau orang lain.

Ini boleh terjadi kepada sesiapa sahaja, tanpa mengira bangsa, umur sama ada anda ialah seorang ibu yang baru atau sudah pernah mempunyai beberapa orang anak.  Wanita yang sering alamai tekanan, kemurungan atau meroyan lepas bersalin ialah:

 

  • Ibu hamil muda atau ibu lewat hamil (berusia)
  • Ibu yang kurang berpengalaman (anak pertama atau kedua)
  • Ibu yang tidak berkerja
  • Ibu yang mengandung tak terancang

 

TIP ELAK MEROYAN

  • Rancanglah kehamilan dengan teliti. Kehamilan yang tidak terancang, tidak bersedia, tidak rela atau tidak dikehendaki adalah faktor risiko utama yang boleh membawa kepada kemurungan lepas bersalin.
  • Buat persediaan kewangan sebelum menimang cahaya mata.
  • Buat persediaan cara menyusu dengan betu. Dapatkan sokongan daripada keluarga atau kumpulan komuniti yang berkenaan.
  • Rancang dan dapatkan pembantu selepas bersalin agar ibu dalam pantang tidak keletihan selain dapat rehat yang secukupnya.
  • Suami punya peranan yang besar. Beri sokongan dan bantuan yang paling besar kepada isteri anda yang kesakitan dan keletihan setelah melahirkan anak anda!

 

Baca juga:

Ibu Cuai Biarkan 2 Anak Kecil Dalam Kereta Enjin Tidak Dimatikan, Rempuh Sebuah..

Budak Campak Kucing Demi TikTok Diburu Persatuan Haiwan Malaysia

 

 

 

 

Sumber: Bharian, Borneopost, myhealth

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement