Connect with us
Kool FM

Gaya Hidup

Ini Yang Perlu Dilakukan Jika Wali Meninggal Dunia Saat-Saat Akhir Sebelum Ijab Dan Qabul

Jangan panik dan ikut langkah yang betul…

Published

on

Perkahwinan merupakan satu ikatan sah yang indah antara suami dan isteri, sehinggakan dalam Islam ia dipanggil sebagai ‘membina sebuah masjid.’ Namun sebelum melangsungkan perkahwinan, segala persediaan perlulah dilakukan terlebih dahulu termasuk persediaan ijab dan qabul mengikut hukum syarak. Seperti yang semua sedia maklum, antara syarat sah sesebuah pernikahan adalah wanita itu dinikahkan oleh walinya yang sah. 

Hal berkaitan wali ini sebenarnya tidak boleh dibawa main dan dipandang remeh. Pada bulan lepas, pelakon drama bersiri popular Mak Cun, Balkisyh Semundur Khan ada membuat kenyataan yang dia mencari bapa kandungnya untuk menjadi wali pada majlis pernikahannya. Begitulah realitinya apabila tiba waktu untuk seorang wanita bernikah, dia wajib mendapatkan wali yang cukup syaratnya. 

Kenapa Perlu Ada Wali?

Menurut Rozimi Zamri, Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK), Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), wali dalam konteks ijab dan qabul adalah seseorang yang boleh dan mampu serta layak mengurus atau memelihara wanita di bawah jagaannya. Dalam bahasa mudah, bapa yang bertanggungjawab terhadap anak perempuannya yang paling layak menjadi wali. Jika dilihat dari sudut pandangan Mazhab Syafie pula, wali itu menjadi rukun dalam nikah. Maka ianya wajib ada dan jika tidak pernikahan itu akan menjadi tidak sah.

Walau bagaimanapun, akan timbul juga isu di mana wali sedia ada tidak bersetuju untuk menjadi wali kepada anaknya disebabkan beberapa faktor. Mungkin pilihan calon suami yang kurang sesuai menjadi alasan, atau permasalahan sejak sekian lama seperti terpisah dengan bapa kandungnya.

Apa Nak Buat Sekiranya Bapa Tidak Mahu Jadi Wali…

Sekiranya wali sedia ada, iaitu bapa, enggan juga untuk menjadi wali, maka wanita tersebut boleh membuat permohonan wali enggan di mahkamah. Selepas selesai membuat permohonan, pihak mahkamah akan membicarakan kes tersebut dan membuat penilaian untuk menerima atau menolak permohonan yang dibuat. Sekiranya permohonan diterima atas alasan yang dilihat munasabah, maka pemohon akan mendapat wali hakim.

Itu mungkin beberapa isu terpencil yang rumit. Tapi apa nak buat sekiranya wali yang sedia ada tiba-tiba meninggal pada hari kejadian sebelum menikahkan wanita itu?

Jangan Panik Dan Ikut Panduan Pendaftar

Sekiranya perkara tersebut berlaku, maka secara automatik wali itu akan berpindah kepada datuk atau adik beradik lelaki atau bapa saudara. Bagi situasi seperti ini dibenarkan untuk pindah wali terus. Turutan perpindahan wali juga haruslah mengikut turutan yang sudah dinyatakan dalam Mazhab Syafie. Jika pada akhirnya memang tiada yang boleh menjadi wali, maka bolehlah hubungi pendaftar iaitu dipanggil juga sebagai wali hakim untuk hadir mewalikan wanita tersebut.

Mungkin ada juga kes-kes terpencil yang malas untuk mencari walinya dan ambil jalan mudah memalsukan dokumen. Menurut Rozimi, sebenarnya tindakan ini salah di sisi undang-undang dan jika didapati bersalah, tertuduh boleh didakwa. Tambahan lagi, tindakan ini hanya akan membawa permasalahan di kemudian hari yang mana nasab kepada anak dalam perkahwinan tersebut akan terputus dari segi syaraknya.

Semoga perkongsian ini bermanfaat. Anda juga boleh dengarkan perbualan AG, Haiza dan Muaz di Kool FM mengenai topik ini selanjutnya di SINI.

 

Baca juga artikel menarik lain:
Impikan Kebahagian Nikahi ‘Kupu-Kupu Malam’, Akhirnya Dicurangi Di Hadapan Mata

Kecewa Teman Lelaki Kahwin Lain, Tuduhan ‘Rogol’ Dilemparkan

 

 

 

 

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement