Connect with us
Kool FM

Gaya Hidup

Ini Langkah Yang Perlu Anda Ambil Sekiranya Berhadapan Dengan Ancaman

Pelbagai ancaman yang kita terima dari semasa ke semasa, tapi apa tindakan yang kita boleh ambil? Ikut nasihat peguam profesional ini…

Published

on

Perbincangan topik kali ini sedikit menarik kerana ia melibatkan ancaman dan keselamatan diri kita. Mungkin ada yang tidak pernah menerima ancaman, namun bagi mereka yang sering mendapat ancaman tentu akan berasa trauma untuk bergerak ke mana sahaja. Terbaharu, satu kes tular melibatkan posmen yang didakwa mencederakan mata seekor anjing dengan melastiknya dari luar pintu pagar sebuah rumah.

Alasan yang diberikan adalah untuk mempertahankan diri daripada diancam haiwan tersebut. Bagaimanapun, insiden tersebut mendapat kecaman daripada kumpulan hak haiwan yang menyifatkan kejadian itu yang menyifatkan ia satu bentuk penderaan haiwan. Ekoran itu, mereka menggesa Pos Malaysia memohon maaf kepada keluarga terbabit dan menghukum pelakunya.

Itu salah satu situasi ancaman yang sering berlaku kepada posmen dan juga petugas TNB. Dalam pada itu, ramai juga yang menyeru agar keselamatan pekerja-pekerja ini dijaga oleh pihak majikan agar mereka tidak rasa terancam setiap kali keluar menjalankan tugas. Selain itu, ada juga individu yang berjoging sambil membawa kayu dengan alasan mempertahankan diri daripada dikejar anjing. Jadi ini merupakan bentuk-bentuk ancaman secara langsung yang sering terjadi dalam masyarakat kita.

Haiwan Peliharaan Tak Sepatutnya Dibiarkan

Sempat juga mendapatkan perkongsian daripada seorang pemanggil yang dikenali dengan nama Firman. Menurutnya, kawasan perumahan yang mempunyai anjing, mungkin dari jauh nampak seperti tidak mendatangkan bahaya. Namun, apabila kita semakin hampir, anjing tersebut datang menyerang pula. Katanya lagi, apa yang dilalui oleh posmen semasa diserang anjing mampu mendatangkan risiko terhadap diri sendiri juga semasa mempertahankan diri.

Mereka hanya menjalankan tugas, tetapi berakhir dengan mendapat kecederaan selepas diserang haiwan tersebut. Kes-kes petugas TNB yang hadir ke rumah-rumah untuk menyemak meter dan diserang anjing juga biasa berlaku, katanya. Oleh sebab itu, Firman berpandangan pihak majikan perlu menjamin menitikberatkan keselamatan pekerja-pekerja ini. 

Tidak Boleh ‘Pertahankan’ Diri Sekiranya Tiada Ancaman Secara Langsung

Sementara itu, pendapat daripada seorang peguam profesional, Dato’ Mohd Haaziq Pillay dari JS Pillay dan Mohd Haaziq pula menyatakan bahawa sekiranya terdapat ancaman secara langsung, pekerja tersebut boleh mempertahankan diri dengan melastik haiwan tersebut. Selepas dari itu, sekiranya pekerja terbabit masih dikenakan tindakan daripada majikan atas aduan pemilik anjing itu, ia boleh dilihat sebagai satu tindakan yang tidak munasabah.

Pihak yang sepatutnya dikenakan tindakan pula adalah pemilik anjing tersebut kerana membiarkan anjingnya menyerang orang luar tanpa sebab. Bagaimanapun, beliau berkata, dalam kes isu posmen yang tular itu, anjing tersebut berada di dalam pagar dan posmen tersebut tidak mendapat ancaman secara langsung. Jadi tidak ada keperluan untuk posmen tersebut melastik anjing itu. 

Jadi dalam situasi tersebut, soalan yang perlu ditanyakan adalah apakah ancaman yang diterima oleh posmen itu. Jika tiada ancaman, jadi tidak perlu pertahankan diri. Mengulas lanjut, beliau turut menyatakan di mana sahaja kita berada, tidak kira di tempat kerja atau di luar, sekiranya kita menerima ugutan, bolehlah terus membuat laporan polis. Katanya, dalam sistem perundangan kita, tidak ada sesiapa yang boleh buat ugutan sesuka hati.

Jika dalam situasi diugut majikan untuk dipotong gaji sekiranya tidak mendapat prestasi yang memuaskan, itu juga boleh dikira sebagai satu ugutan. Namun, sekiranya ia sudah ditulis dalam kontrak kerja, maka majikan ada hak untuk memotong gaji pekerja sekiranya prestasi menurun. Ujar Haaziq, asasnya adalah perlu ada persetujuan secara bertulis. 

Kalau terlepas perbincangan topik ini, klik link ini untuk dengar lebih lanjut.

Baca juga artikel menarik lain:

Kerana Malas Datang Kerja, Sanggup Tipu Majikan Diri Diculik

Pengarah ‘Aku Yang Kau Gelar Isteri’ Kecewa Babak Seram Dipotong, Risau Penonton Tak Faham Jalan Cerita

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement