Connect with us
Webinar Kool

Gaya Hidup

Iklan Cari Jodoh Beserta Syarat ‘Pelik’. Ini Antara Tempat Yang Sesuai Cari Jodoh

Zaman dah serba canggih. Boleh cari jodoh sampai ke London…

Published

on

Dalam zaman yang serba canggih ini, mungkin pencarian jodoh itu boleh dilakukan melalui pelbagai medium. Salah satu caranya adalah dengan mengiklankan niat kita dalam akhbar. Itu lah apa yang dilakukan oleh seorang lelaki di India yang membuat iklan mencari jodoh yang disiarkan di sebuah akhbar tempatan.

Namun iklan yang dipaparkan itu agak lucu apabila ia turut meletakkan syarat bakal isterinya itu harus lah tidak ketagih kepada media sosial. Iklan itu dibayar seorang peguam berusia 37 tahun dari Bengal Barat yang mahu mencari wanita yang mahu menjadi isterinya.

Iklan tersebut turut dimuat naik ke sosial media dan rata-rata warganet menganggap ianya lucu. Walau bagaimanapun ada juga yang menyatakan syarat yang diletakkan itu mengarut dan tidak sesuai pada zaman ini.

Selain itu, sebenarnya ada juga tempat-tempat yang sesuai buat anda yang masih single untuk mencari jodoh. Antara tempatnya adalah:

  • Kenduri Kahwin.

Kebiasaannya di majlis kenduri kahwin lah kita akan berkumpul kembali dan mungkin akan bertemu semula kenalan-kenalan lama. Kalau tidak kenalan lama, mungkin akan berkenalan juga dengan orang yang baru di situ. Buat mereka yang bujang boleh lah gunakan masa ini untuk ‘mengintai’ jodoh. Jika ada yang berkenan, boleh lah tanyakan pada saudara terdekat atau kawan-kawan yang mengenali si ‘dia’ untuk berkenalan dengan lebih dekat.

  • Persatuan Atau Badan Sukarelawan

Tidak kira lah persatuan atau badan sukarelawan di tempat belajar atau di tempat kerja, pasti di sini anda akan bergaul dengan pelbagai jenis orang. Berbeza dengan suasana pergaulan di pejabat atau dalam kelas yang sedikit terbatas, dalam persatuan atau badan sukarelawan pergaulan itu akan lebih santai. Bila dah santai anda akan lebih mudah dan selesa untuk berkenalan. Bonus point, anda dan orang yang anda minati itu sudah pun berkongsi minat yang sama dalam persatuan atau badan sukarelawan itu.

  • Media Sosial

Walaupun ada yang kurang bersetuju dengan cara ini, tetapi kita tidak boleh nafikan dalam dunia digital sekarang ia merupakan salah satu ‘tempat’ yang digunakan untuk mencari  jodoh. Namun, kita harus lah berhati-hati kerana khuatir ada yang menggunakannya hanya untuk mendapatkan mangsa dalam jerat cinta. Jika anda berkenalan di media sosial, pastikan semasa menjaga maklumat peribadi anda dan semasa bersua muka bawa sekali orang lain temankan anda.

  • Portal Cari Jodoh Online

Selain media sosial, anda juga boleh cuba menggunakan portal cari jodoh yang kini semakin ramai juga orang gunakan. Di situ selepas anda mengisi biodata, anda akan dipadankan bersama individu lain yang bersesuaian dengan anda. Selain itu, ruang dan maklumat privasi anda juga lebih terlindung. Mungkin kalau anda jenis yang tidak punya banyak masa, platform seperti ini sesuai dengan anda.

Apa-apa pun, tidak kira di mana sahaja tempat yang anda pilih untuk mencari jodoh, kehormatan diri harus lah sentiasa di jaga. Tapi kalau dah buat iklan mencari calon pasangan tu, jangan lah sampai tetapkan syarat yang pelik-pelik.

Baca juga artikel menarik yang lain:

Wanita Bunuh Teman Lelaki Untuk Berkahwin Dengan Bapa Kandung!

Kecewa Teman Lelaki Kahwin Lain, Tuduhan ‘Rogol’ Dilemparkan

 

 

 

 

 

 

 

 

Sumber berita: Harian Metro

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement