Connect with us
Kool FM

Gaya Hidup

“I Will Eat Till I Die”-Lelaki Obesiti Hanya Mampu Main ‘Game’ & Berbogel

Payah juga kalau sendiri tidak mahu berubah..

Published

on

Apabila mengalami masalah berat badan, kutukan dan persepsi negatif masyarakat terhadap diri individu tersebut pastinya membuatkan mereka berasa sedih dan rendah diri.”

Sekaligus menyebabkan mereka tidak yakin akan diri mereka sendiri. Sebab itu ramai yang mempunyai masalah berat badan suka berkurung di dalam rumah dan melakukan aktiviti yang tidak menyihatkan. Akibatnya ia boleh membawa risiko masalah kesihatan terhadap tubuh badan sendiri.

Itu yang terjadi kepada seorang lelaki obes di Amerika Syarikat hanya mampu menghabiskan masa bermain permainan video dan mengunyah makanan ringan setiap hari.

Casey King berusia 34 tahun mempunyai berat badan mencecah 320 kilogram berkongsi kisah hidupnya menerusi musim baharu rancangan realiti televisyen baru-baru ini. Dia mendedahkan tidak mampu lagi untuk berkerja kerana faktor penambahan berat badan yang makin meningkat. Dia kini menumpang di rumah bapanya yang menyara kehidupannya setiap hari.

Badannya terus membesar selepas dimanjakan oleh bapanya dengan makanan kegemarannya seperti piza, ayam dan makanan Jepun setiap hari kerana nafsu makan yang membuak. Rutin hariannya kini hanya bermain permainan video sepanjang hari dalam keadaan bogel kerana tidak mampu lagi memakai apa-apa koleksi pakaian sedia ada kerana terlalu ketat.

Dia turut memberitahu akibat masalah kegemukkannya itu, dia pernah tersepit hampir sembilan jam di dalam bilik mandi sehingga memaksa bapanya membelikan kolam besi khas untuk mandi.

Berat badannya yang sememangnya dalam kategori obes makin bertambah selepas tamat persekolahan dan mula ketagih makan selepas bekerja di beberapa buah restoran.

 

Baca juga:

Awas Jika Air Kencing Berbuih!

 

 

 

Sumber: Dailymail

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement