Connect with us
Kool FM

Gaya Hidup

Hijau? Putih? Kenali Jenis Dan Warna Najis Anda

Penting untuk ukur tahap kesihatan kita!

Published

on

Jangan malu dan segan. Ini adalah salah satu informasi kesihatan yang penting untuk kita ambil tahu. Selain daripada air kencing, najis juga sebenarnya boleh memberitahu kita akan tahap kesihatan kita. Mungkin bunyinya agak kedengaran ‘kotor’ atau mengelikan tetapi warna dan bentuk najis kita sebenarnya dapat menyampaikan mesej tentang kesihatan yang tidak boleh diabaikan. Berikut adalah senarai warna najis dan bentuk najis yang mungkin dapat membantu anda di masa hadapan.

via GIPHY

Warna Najis

Seperti yang anda ketahui, warna biasa najis ialah warna coklat. Namun begitu, ia mungkin berbeza dari semasa ke semasa bergantung kepada apa yang anda makan, tetapi perubahan warna tiba-tiba tanpa alasan yang jelas boleh menjadi tanda amaran kepada tubuh anda.

  • Putih – Najis berwarna keputih-putihan atau kelabu boleh menunjukkan masalah hempedu. Ia berkait dengan masalah seperti masalah dengan saluran hempedu, batu karang atau cirrhosis.
  • Hijau – Warna hijau mungkin disebabkan oleh sayur-sayuran yang kaya dengan klorofil (seperti bayam), pewarna makanan hijau dalam minuman atau makanan tambahan.
  • Kuning – Kotoran kuning boleh menjadi tanda saluran hempedu yang disekat dan penyerapan lemak yang lemah. Sebab lain ialah kerana kekurangan enzim yang dihasilkan oleh pankreas, yang mungkin disebabkan oleh pankreatitis kronik, penyakit celiac atau sistik fibrosis. Tetapi jangan panik! Kuning kuning juga boleh menjadi tanda bahawa anda makan terlalu banyak lobak merah atau banyak minuman minuman berwarna kuning.
  • Hitam – Najis anda berwarna hitam mungkin kerana pengambilan ubat (seperti aspirin, ibuprofen atau suplemen) atau pendarahan dalam usus. Penyebab yang lebih biasa disebabkan oleh makanan yang anda makan. Makanan hitam dan biru, seperti blueberri atau licorice, boleh menyebabkan najis anda berwarna hitam.
  • Merah – Najis berwarna merah biasanya dipengaruhi oleh diet anda. Makanan berwarna merah yang anda makan seperti tomato contohnya. Bagaimanapun, jika makanan bukan punca kepada keadaan ini, anda perlu berjumapa dengan doktor. Darah dalam najis juga merupakan tanda yang membimbangkan. Ia mungkin disebabkan oleh anal fissure atau sesuatu yang lebih serius seperti buasir, ulcerative colitis atau bahkan mungkin kanser.

Bentuk Najis

  1. Segumpal pepejal yang berasingan seperti rupa najis kambing. Keadaan ini mungkin membawa maksud anda mengalami sembelit yang teruk. Bentuk najis seperti ini memberitahu bahawa tubuh anda tidak mempunyai serat. Untuk mengatasi masalah itu anda perlu lebih banyak makan makanan yang berserat seperti pasta, raspberi dan lentil.
  2. Berbentuk sosej, besar dan kental. Anda mungkin alami sembelit. Jenis najis ini juga disebabkan oleh kekurangan serat. Sebab-sebab keadaan sembelit boleh termasuk pengambilan ubat antidiarrhea jangka panjang dan kekurangan aktiviti fizikal. Anda perlu makan lebih banyak buah-buahan dan sayur-sayuran dan melakukan senaman.
  3. Bentuk sosej yang merekah. Ini adalah bentuk najis biasa. Anda baik-baik saja! Jangan lupa untuk minum lebih banyak air.
  4. Bentuk sosej dan lembut. Tahniah! Najis anda ‘sempurna’. Teruskan diet seimbang yang anda amalkan dan elakkan situasi yang memberikan tekanan kepada anda.
  5. Ketulan lembut. Anda mungkin mengalami cirit-birit ringan. Cuba makan makanan berserat rendah seperti pisang, keropok atau kentang.
  6. Ketulan berair. Ini menunjukkan anda alami cirit-birit yang sederhana. Mungkin terlalu banyak serat dalam diet anda. Minum lebih banyak air untuk mengelakkan dehidrasi dan terus makan kentang dan pisang rebus. Anda mungkin juga ingin mencuba OTC, seperti Imodium or Pepto-Bismol. Sekiranya masalah itu berlaku lebih daripada dua hari, dapatkan nasihat doktor.
  7. Cecair tanpa ketulan padat. Jika ini berlaku, anda mungkin mengalami cirit-birit yang teruk. Ia juga mungkin salah satu tanda keracunan makanan, jangkitan bakteria atau pengambilan ubat. Minum banyak air untuk mengelakkan dehidrasi. Jika gejala tidak hilang dalam masa dua hari atau jika anda merasa sakit, segera berjumpa doktor.

Perkara seperti ini bukanlah sesuatu yang harus kita berasa malu untuk bertanya. Kesihatan diri kita amatlah penting justeru itu kita haruslah mengutamakan apa yang perlu! Pesanan kami, sekali sekala lihatlah keadaan najis anda untuk dapat ‘signal’ apa yang sedang badan kita alami.

 

Baca juga:

“Semua orang berak..” – Netizen Terhibur Pembaca Berita Terlepas Cakap Tak Tahan Nak Pergi Toilet

Sebab Berak Merata, Lelaki Ini Dibunuh

 

 

Sumber: Bright Side

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement