Connect with us
Kool FM

Gaya Hidup

Hentikan Tabiat Pukul Lantai Jika Anak Jatuh, Kesannya Anak Mungkin Akan..

Alamak.. rasanya ramai yang buat ni!

Published

on

Tidak dinafikan setiap ibu bapa mempunyai sifat melindungi dalam diri apabila perkara itu melibatkan anak-anak. Sudah menjadi kebiasaan kepada kita sebagai ibu bapa akan memujuk anak yang terjatuh dan akan menyalahkan sesuatu yang mungkin punca mereka terjatuh untuk buat anak berhenti menangis.

Mungkin ia sudah menjadi norma sejak dahulu lagi kita lihat ini cara memujuk anak jika perkara ini berlaku. Namun dalam sedar atau tidak, sebenarnya tindakan itu akan memberikan kesan berpanjangan kepada emosi anak-anak. Hal ini kerana jika niat mahu anak-anak tahu tanggungjawab, perkara sekecil ini harus dititikberatkan.

“Jahat lantai ni. Biar mama pukul dia!”

Jika anak terjatuh sendiri, kemudian menangis. Kadang-kadang kita(ibubapa) ni…

Posted by Kamarul Ariffin Nor Sadan on Sunday, 29 November 2020

Baru-baru ini, Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan telah membuat satu perkongsian di Facebook miliknya mengenai pekara ini. Menurutnya, cara memukul lantai untuk memujuk anak akan ajar akan kita untuk fokus pada masalah dan salahkan masalah itu sepenuhnya. Di masa hadapan, anak-anak akan ikuti tindakan ini dan menyalahkan pihak lain walaupun ia adalah kesalahannya sendiri. Sebagai contoh, jika dia menjatuhkan pinggan dan ia pecah, dia akan menyalahkan pinggan itu terlalu berat atau licin dan mungkin juga akan menyalahkan orang sekelilingnya.

Justeru itu, Dr Kamarul menyarankan ibu bapa untuk ubah tindakan itu sepenuhnya untuk mengajar anak tidak mencari kesalahan orang lain. Anak yang masih kecil masih sempat untuk kita corakkan mereka untuk jadi yang lebih baik dan didiklah mereka untuk menjadi seorang insan yang bertanggungjawab supaya masa depan mereka cerah.

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Sebab Tak Tunjuk Muka, Kecoh Ada Yang Kata Anak Fazura Sumbing?

Seorang Ibu Ditahan Selepas Dipercayai Mengurung Anaknya Selama 28 Tahun!

 

 

Sumber: Mstar, Facebook Dr Kamarul

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement