Connect with us
Kool FM

Gaya Hidup

Hebat! Bas Mini Diubahsuai Jadi Surau Bergerak Pertama Di Terengganu

Untung orang Terengganu!

Published

on

Walaupun buat masa kini kita tidak dibenarkan untuk rentas negeri, mungkin apabila Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tamat anda boleh pergi melawat surau bergerak di Jambatan Angkat atau Drawbridge di Kuala Terengganu. Surau bergerak tersebut telah diubahsuai daripada sebuah bas mini lama yang ditinggalkan di sekitar kawasan itu. Wah! Orang Terengganu sangat kreatif!

Difahamkan idea untuk mengubahsuai bas mini tersebut untuk dijadikan sebuah surau bergerak timbul apabila mereka melihat kesukaran yang dialami peniaga dan pengunjung di tapak perniagaan trak makanan di Jambatan Angkat yang terpaksa pergi sejauh 3 kilometer ke sebuah masjid di Seberang Takir untuk menunaikan solat.

Menurut Hazim Fadzil, Pengerusi Persatuan Pengusaha Trak Makanan dan Perkhidmatan Terengganu, proses transformasi bas mini lama tersebut itu dilakukan secara bergotong royong selama 3 bulan selepas PKP pertama  dilaksanakan iaitu pada 18 Mac tahun lalu.

Walaupun surau tersebut mungkin keluasannya agak terhad di mana hanya boleh memuatkan 10 orang jemaah pada satu-satu masa namun ia cukup selesa untuk mendirikan solat kerana dilengkapi penghawa dingin, tempat wuduk, ruang imam, lampu, jam waktu solat serta bumbung bagi ruangan solat pada bahagian luar kenderaan.

“Kami bersyukur dengan adanya surau bergerak ini ia sedikit sebanyak membantu memudahkan para peniaga dan pengunjung di sini menunaikan ibadah solat terutama Asar, Maghrib dan Isyak. Lebih menggembirakan, mereka semua dapat menunaikan solat pada awal waktu,” kata Hazim Fadzli.

Surau bergerak itu beroperasi pada setiap Khamis, Jumaat, Sabtu dan Ahad di tapak perniagaan trak makanan jambatan angkat dan selebihnya akan beroperasi di tapak Foodtruck Panoramik Kuala Terengganun di Dataran Shahbandar.

Tambah Hazim, selepas ini dia mungkin akan membina sebuah lagi surau seperti itu khas untuk jemaah wanita pula, memandangkan ketika ini surau berkenaan terpaksa digunakan secara bergilir-gilir antara lelaki dan wanita. Wah! Ini adalah satu inisiatif yang harus kita kagumi kerana bukan senang untuk dapat menyediakan kemudahan seperti ini untuk digunakan oleh orang awam.

 

Baca juga:

Kenapa Masjid & Surau Saja SOP Ketat Tapi Tidak Di Tempat Lain?

Tokan Dadah Insaf, Kini Imam Surau Sepenuh Masa

 

 

 

 

 

Sumber: Sinar Harian

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement