Connect with us
Kool FM

Gaya Hidup

Hanya 10 Langkah Je Untuk Masak Sosej Gulung Ranggup

Tak susah pun, silap-silap anak bujang pun boleh buat resipi ni. Apa pun, kuantiti bahan bergantung jumlah orang yang nak dihidangkan.

Published

on

Selalunya kalau masak sosej gulung akan disalut bersama telur dan dicicah dengan sos cili. Itu cara lama. Kali ini kami akan perkenalkan cara baru pula.

Mungkin ada di antara pembaca kami dah tahu tapi tak apa sebab lain orang lain caranya. Lagipun 10 langkah je! Jom kita masak.

May be an image of food and indoor

Bahan-bahan

  1. Roti
  2. Sosej
  3. Keju
  4. Telur sebiji
  5. Serbuk lada putih dan hitam
  6. Serbuk roti
  7. Cili sos

Cara penyediaan

  1. Hiris sosej. Pastikan tidak terbelah, cukup dengan menghiris manja. Atas, tengah dan bawah. Rebus.
  2. Lenyekkan roti tapi jangan terlalu nipis, cukup kempiskan roti untuk permbukaan lebih besar. Ketepikan.
  3. Panaskan minyak masak.
  4. Sementara itu, telur dipukul bersama lada putih dan hitam sehingga kembang.
  5. Selesai sosej direbus. Letakkan di atas roti dan tindan dengan sekeping keju atau hirisan keju.
  6. Seterusnya, gulungkannya!
  7. Kemudian, celup dengan telur yang sudah dipukul sehingga kembang tadi.
  8. Celup pula dengan serbuk roti. Lagi banyak serbuk roti melekat, lagi ranggup hidangan.
  9. Masukkan ke dalam minyak yang panas dan masak sehingga coklat kekuningan.
  10. Hidangkan bersama cili sos.

Tip:

  1. Pastikan api tidak terlalu kuat kerana takut bahagian dalam sosej tak masak dengan betul.
  2. Pastikan menjamah sewaktu hidangan sedang panas-panas. Sejuk nanti kurang padu!

Tak susah pun, silap-silap anak bujang pun boleh buat resipi ni. Apa pun, kuantiti bahan bergantung jumlah orang yang nak dihidangkan.

Kalau ramai, buatlah banyak sikit, kalau untuk seorang makan, sikitkan kuantiti bahan. Selamat mencuba!

 

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Pejam Mata Boleh Siap! Bubur Cha Cha, ‘Simple’ & Sedap

Jimat Sis! Ini Resipi Mudah Daging Harimau Menangis

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement