Connect with us
Kool FM

Gaya Hidup

Hakikatnya Masih Ada Bawa Bayi Keluar ke Shopping Mall, Rakyat Masih Leka!

COVID-19 semakin hampir dengan anda!

Published

on

COVID-19 semakin hampir dengan anda!

Yes! This is real gais! Jika anda perasan setiap hari ada sahaja kedengaran individu mungkin dikenali dijangkiti COVID-19. Baik di pejabat, saudara jauh, ataupun jiran, mungkin penduduk di taman sebelah. Ia semakin dekat dengan kita kerana ia ada di sekitar kita. Kes kematian kini sudahpun mencecah sehingga 501 orang setakat 4 Januari 2021. Persoalannya sekarang, sejauh mana kesedaran rakyat tentang bahaya COVID-19, jika pasaraya masih dipenuhi orang. Malah ada yang begitu selfish membawa anak kecil juga bayi ke tempat tumpuan awam.

Sumber Foto: Bharian

Ibu bapa dilihat mematuhi SOP memakai face mask, namun si kecil dibiarkan terdedah dengan alasan budak kecil tidak elok pakai face mask kerana tidak sesuai. Meh sini penulis nak nasihat apa yang elok dan apa yang tidak elok! Yang TIDAK ELOK, adalah anda membawa anak kecil ke kawasan tumpuan awam. Yang SEELOKNYA, anak kecil dilindungi ibu bapa dengan hanya berada di rumah dalam keadaan bersih dan terjaga.

Alasan lapuk anak bosan di rumah!

Siapa yang sebenarnya bosan? Adakah anda menjadikan anak kecil sebagai alasan anda untuk keluar mencuci mata di shopping mall atau berjalan-jalan di kedai-kedai tumpuan awam? Si kecil perlukan anda untuk melindungi mereka. Sebagai penjaga, anda perlu kreatif dalam mewujudkan suasana gembira dan selamat di rumah agar mereka tidak bosan.

Jika diri sendiri hanya scroll handphone di rumah, si anak dibiarkan bermain sendirian, mendengarnya sahaja sudah berasa bosan. Ubah sikap kerana kita perlu hidup dalam norma baharu. Jadikan rumah tempat paling selamat untuk berlindung daripada bahaya COVID-19. Jadikan rumah sebagai tempat anda sekeluarga bergembira dengan pelbagai aktiviti menarik agar semua tidak merasa bosan.

Jangan ambil ringan hal ini. Ketika ini seluruh dunia sedang tenat dengan pertambahan jumlah kes harian yang seakan tidak masuk akal. Virus ini ternyata membunuh. Tidakkah ia cukup menakutkan anda? Adakah anda mahu si kecil yang tidak berdosa dijangkiti hanya kerana sifat leka anda sendiri?

Ini bukannya masa untuk bersiar-siar tanpa arah tujuan bersama keluarga. Sedarlah pandemik ini membunuh!

Patuhi SOP ditetapkan kerajaan, keluar rumah hanya jika perlu dan elakkan membawa anak kecil bersama jika ke tempat tumpuan awam.

 

Baca juga:

Kes global COVID-19 catat 83.3 juta, 1.83 juta kematian

COVID-19: 14 kluster akibat rentas sempadan, aktiviti sosial sejak 7 Disember

 

 

 

 

 

 

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement