Connect with us
Kool FM

Gaya Hidup

Fungsi² Pada Kereta Yang Selalu Nampak Tapi Tak Ramai Tahu Guna

Ohh, baru tahu…

Published

on

Kalau tanya kawan-kawan kita yang dah lama pakai kereta, mungkin mereka pun tak tahu beberapa fungsi yang ada pada kereta tapi selalu nampak. Nak baca buku manual yang tebal tu pun macam malas, jadi ini adalah beberapa fungsi kereta yang mungkin anda tertanya-tanya apa fungsi sebenarnya.

Shift Lock

Kalau kereta anda mempunyai butang shift lock yang terletak di sebelah tombol gear, ia berfungsi untuk menukarkan gear P ke gear N ketika enjin mati. Biasanya kereta automatik ada fungsi shift lock ni. Fungsi ni sebenarnya dibina untuk keselamatan pemandu selepas mengambil kira banyak kecuaian yang berlaku. Terdapat insiden di mana pemandu menghidupkan enjin ketika gear sedang pada N. Bila pemandu tersebut tak perasan gear ada di N dan menarik ke bawah untuk mengundur, maka berlakulah kemalangan sebab sangka gear sudah dimasukkan ke R, tapi sebenarnya gear berada pada posisi D.

Senario kedua pula apabila pemandu panik sebab tak dapat start kereta sebab pemandu tersebut tak perasan gear sedang berada pada kedudukan D atau R. Kereta automatik hanya boleh dihidupkan jika gear berada pada P atau N sahaja. Jadi, shift lock ni bertujuan untuk memastikan gear berada pada P sebelum enjin dapat dimatikan. Butang shift lock tu boleh digunakan untuk alihkan dari gear P ke N semasa kereta anda tidak boleh start atau semasa kena towing.

Traction Control System (TCS)

Mungkin ramai tak tahu fungsi ni yang ada pada kereta. Sebenarnya TCS berfungsi secara automatik, dan butang off pada dashboard kereta tu bertujuan mematikan fungsi TCS. TCS membantu meningkatkan ciri keselamatan kereta dengan mencegah tayar daripada tergelincir semasa memandu. Ianya sangat membantu kalau kita memandu semasa hujan. Tujuan untuk mematikan fungsi ni pula digunakan ketika kereta tersekat di dalam lumpur ataupun lopak air. Jadi kalau kereta tidak tersekat dalam lumpur, jangan gatal tangan tekan off pada fungsi TCS.

Hazard Lights

Walaupun semua orang dah tahu pasal fungsi hazard lights, perlu diingatkan fungsi ini tidak boleh digunakan sewenang-wenangnya. Ia tidak boleh digunakan ketika hujan lebat atau ketika sesat mencari arah jalan kerana boleh mengakibatkan kekeliruan kepada pemandu jalan raya yang lain. Yang sebetulnya lampu kecemasan ini digunakan semasa kereta rosak di tepi jalan untuk memberi amaran kepada pemandu lain supaya memperlahankan kenderaan dan berhati-hati.

Tuil Pada Cermin Pandang Belakang

Kalau anda perasan pada cermin pandang belakang akan ada satu tuil yang boleh ditarik ke bawah. Tuil tersebut berfungsi untuk menolak cermin pandang belakang ke posisi hadapan bagi mengurangkan silau cahaya yang datang dari kenderaan belakang. Jadi, fungsi ni sangat membantu sekiranya lampu kereta belakang betul-betul tepat ke mata sehingga menganggu penglihatan semasa memandu.

Cruise Control

Ianya berfungsi untuk mengawal kelajuan kereta pada kelajuan yang tetap. Kalau anda mempunyai fungsi ini memang seronok semasa memandu di  higway sebab boleh letak kelajuan pada bawah paras had laju. Jadi tak perlu risau ada speed trap ke tak. Fungsi ni boleh dimatikan dengan menekan semula butang cruise control atau menekan pedal brek.

Baca juga artikel menarik lain:

Makna Sebenar ‘Daulat Tuanku’ Dan Asal Usulnya

Kanak-Kanak 3 Tahun Maut Tertembak Diri Sendiri Semasa Sambutan Hari Jadi

 

 

 

 

 

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement