Connect with us
Kool FM

Gaya Hidup

Fesyen Balerina Pertama Berhijab Di Dunia Stephanie Kurlow Curi Tumpuan

Cantiknya semua fesyen hijab dia..

Published

on

Berhijab ternyata bukan halangan untuk anda mencuba pelbagai perkara. Jika suatu ketika dahulu ramai menganggap berhijab mungkin menyekat kehidupan anda, namun kini segalanya mampu dilakukan jika anda berusaha untuknya.

Ini dibuktikan oleh seorang ballerina terkenal kerana berjaya membuktikan anda boleh lakukannya dan hijab bukan alasan.

Walaupun pernah ditolak dari beberapa kelas balet hanya kerana dirinya berhijab, Stephanie Kurlow tidak pernah menyerah kalah.  Beliau adalah seorang balerina professional dari Sydney berasal dari Rusia. Minatnya terhadap tarian balet bermula sejak 2 tahun lagi.

Sejak dia dan keluarganya memutuskan untuk memeluk Islam dan berhijab pada 2010, Stephanie mengambil keputusan untuk berhenti menjadi seorang balerina. Jika dilihat kepada pemakaian sebenar seorang balerina, memang mustahil untuk seorang berhijab melakukannya.

Namun setelah terinspirasi oleh Zahra Lari, seorang ice-skater berhijab, Stephanie bertindak untuk melakukan perubahan demi impian dan minatnya terhadap tarian balet.

Ibunya menyokong dengan membuka akademi balet untuk gadis Muslim agar Stephanie dapat berlatih dengan bebas.

Kini, walaupun dengan imej berhijab setiap fesyen balerina yang digayakannya menjadi tarikan umum kerana ianya sungguh cantik.

Stepahnie dikenali sebagai balerina berhijab pertama di dunia dan mahukan agar semua gadis Muslim yang lain tidak berputus asa dengan minat terhadap tarian.

Baca juga:

Teruja”First Day”Masuk Kerja, Tapi Hari Yang Sama Juga Gadis Ini Diberhentikan Majikan

Pembunuh Bersiri Britain ‘Yorkshire Ripper’ Akui Ketagih Membunuh, Akhirnya Tewas  Ditangan  COVID-19

 

 

 

 

 

Sumber: Instagram

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement