Connect with us
Kool FM

Gaya Hidup

FAKTA! Bulu Ketiak Bukan Punca Ketiak Berbau

Fuh! Bau hapak ketiak memang tak boleh bawa bincang!

Published

on

Ada orang suka ada bulu ketiak.. tapi sesetengah orang pula pantang ada bulu ketiak mesti nak buang! Hal ini kerana ada sesetengah orang lelaki mahupun wanita merasakan ia mampu merosakkan penampilan apatah lagi jika memakai baju tanpa lengan. Apa pula pendapat anda?

Ada pelbagai cara untuk menghilangkan bulu ketiak antaranya mencukur, wax atau mencabut satu persatu bulu ketiak. Cara yang terakhir itu memerlukan kegigihan dan kesabaran yang tinggi jadi siapa yang tak menyabor anda boleh pilih cara mencukur! Setiap bulu yang ada di badan seorang manusia mempunyai fungsi yang tersendiri begitu juga bulu ketiak. Walapun ia tersorok di celah pelipat, tapi fungsinya penting!

Menurut pakar kulit, Rachel Nazarin, bulu ketiak mampu mencegah kegatalan ketika lapisan ketiak bergesel di antara satu sama lain dan mencegah serangan pelbagai patogen di bahagian tersebut. Rachel juga turut jelaskan tidak ada masalah untuk seseorang itu membiarkan bulu ketiaknya tumbuh kerana bulu ketiak ada banyak kebaikan tersendiri.

via GIPHY

Antara kebaikan ada bulu ketiak ialah:

‘Aroma’ semula jadi tubuh

Menurut kajian Journal of the Royal Society of Medicine, fungsi bulu ketiak adalah untuk melepaskan hormon feromon iaitu hormon yang menghasulkan aroma semula jadi badan seseorang. Oleh itu, jika kita sering mencukurnya, hormon feromon tidak dapat dibebaskan dengan baik.

Mengurangkan penyerapan bahan kimia

Walaupun belum ada bukti yang kukuh bahawa kandungan alumunium dalam deodoran dikatakan dapat meningkatkan kanser payudara namun mungki kita seharusnya lebih berwaspada. Perbuatan mencukur bulu ketiak akan mempercepatkan penyerapan bahan kimia ke dalam badan.

Bulu bukan penyebab bau badan!

Untuk pengetahuan anda, ada yang mengatakan bahawa tindakan mencukur bulu ketiak akan mengurangkan bau badan disebabkan peluh namun sebenarnya ia langsung tidak memberi kesan. Kalau bulu penyebab bau badan, kenapa bulu pda bahagian kaki dan tangan tidak berbau? Anda setuju?

Apapun, kebersihan adalah kunci utama untuk mengelakkan sebarang bakteria singgah di bahagian ketiak atau di mana bahagian celah badan seorang manusia. Jika anda rajin jaga kebersihan diri, mungkin selepas ini anda tidak memerlukan minyak wangi lagi.

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Ketiak Gatal Dan Sakit Lepas Pakai Deodoran? Ini Bahan Kimia Yang Anda Perlu Ambil Tahu!

Tak Banyak Gerak Pun Tapi Kenapa Duduk Rumah Badan Tetap Berbau?

 

 

Sumber: Mstar

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement