Gaya Hidup
Fakta Buat Penggemar Pedas
Pedas bukan sebarang pedas..
Pilihan makanan pedas dikatakan pilihan citarasa lidah rakyat Malaysia dan sebanyak 80 peratus hidangan Melayu adalah berunsurkan cili padi hijau dan merah.
Antaranya, gulai lemak ayam cili padi, ayam masak merah, ikan keli masak hijau, ayam goreng berlada, sambal belacan atau sambal tempoyak.Β Belum lagi senarai nama kuih tradisional yang pedas-pedas. Memang banyak!
Bagaimanapun, menurut Kementerian kesihatan Malaysia (KKM) dalam satu kenyataan, pengambilan makan pedas yang berlebihan dan kerap boleh menjejaskan sistem penghadaman dan pencernaan selain menyebabkan ulser, radang perut dan buasir.
Apa yang merbahayakan lagi adalah pedas yang mengandungi capsaicin ini boleh merosakkan dinding usus jika antibodi seseorang tak tahan pedas.
Sumber: sukausaha
Bayangkan, orang lain mempunyai badan sihat tapi kita terlantar sakit disebabkan makan pedas banyak sangat.
Bukan tak boleh makan langsung tapi bila makan tu, beringatlah. Apa yang kita makan waktu kita sihat adalah cerminan kesihatan waktu usia kita tua.
Erti kata lain, kalau makan makanan yang sihat maka waktu tua nanti sihatlah badan kita. Jika tidak, sebaliknya.
Sumber: KKM