Connect with us
Kool FM

Gaya Hidup

Etika Yang Perlu Anda Tahu Ketika Berada Di Gim

Mudah je nak ikut etika ketika berada di gim, tak susah pun. Kalau nak ikutkan, senarai di atas mengikut logik akal tapi malangnya, tak ramai yang mampu lakukan.

Published

on

Kalau dulu para lelaki sering dilihat berada di gimnasium tapi tidak lagi pada zaman millinial ini. Para wanita juga turut kelihatan pergi ke gimnasium bila waktu lapang. Kalau bukan gim, mungkin studio senam untuk melakukan aktiviti zumba.

Sehinggakan ada gim dikhaskan untuk para wanita saja tanpa mengira jantina dan usia. Tapi, apakah anda pernah mengambil tahu tentang etika ketika berada di sana?

via GIPHY

Pasti ada yang menjawab asalkan tidak merosakkan barangan di gim. Ya, betul tapi sebenarnya ada banyak lagi. Jom lihat senarai berikut.

Perkara yang tak sepatunya…

  1. Menghalang bahagian cermin
  2. Menganggu set orang lain
  3. Mengeluarkan bunyi bising atau menjerit sehingga menganggu ketenteraman orang lain
  4. Menghentak barang
  5. Membiarkan barang bersepah di merata-rata
  6. Membuang sampah di dalam gim
  7. Tidak memakai pakaian yang terlalu menjolok mata

Perkara yang sepatutnya…

  1. Menjaga kebersihan
  2. Memakai pakaian yang sepatunya untuk bersukan.
  3. Hormat privasi orang lain. Jangan terlalu rapat.
  4. Beri peluang kepada orang lain jika mereka lebih memerlukan
  5. Meletakkan atau menyusun semula barang yang sudah digunakan
  6. Menjaga keselamatan diri ketika bersukan

Mudah je nak ikut etika ketika berada di gim, tak susah pun. Kalau nak ikutkan, senarai di atas mengikut logik akal tapi malangnya, tak ramai yang mampu lakukan.

Apa pun, kepada yang belum pernah ke gim atau studio senam, mungkin anda perlu pergi untuk merasai aura bersenam. Amalkan gaya hidup sihat!

 

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

“Isteri Nak Bersalin Tapi Suami Tak Bagi Bius Tahan Sakit,” – Petugas Kesihatan

“Kurangkan Jurang Darjat,” – Doktor Ini Hantar ‘Surat Layang’ Pada Menteri Kesihatan

Sumber: instagram

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement