Connect with us
Kool FM

Gaya Hidup

Ejen Ali Kembali Bersama MISI: JUANG, Khas Buat Petugas Barisan Hadapan

#Kitajagakita!

Published

on

Terima kasih! Ini adalah salah satu kunci utama untuk filem pendek pertama EJEN ALI berjudul MISI: JUANG yang akan dilancarkan pada hari ini 25 Disember 2020, pada jam 9.45 malam menerusi saluran YouTube rasmi EJEN ALI. Hal ini kerana filem ini sebenarnya dibuat khas untuk menghargai semangat juang petugas barisan hadapan yang telah menjadi benteng membendung penularan Covid-19.

Lagu runut bunyi Kita Jaga Kita nyanyian Altimet, Cuurley dan Malik Abdullah telah menjadi ikutan dan siulan rakyat Malaysia sepanjang tahun ini telah menunjukkan bahawa rakyat Malaysia bersatu dan saling menyokong antara satu sama lain ketika wabak COVID-19 mula dirasakan pada awal tahun 2020.

Menurut laporan, akan ada satu penampilan khas seorang figura istimewa yang akan membawa watak kameo untuk bergabung tenaga dengan Ejen MATA di medan pertempuran. Ya, tidak lain tidak bukan hero di hati rakyat Malaysia iaitu Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah. Penampilan ini telah disahkan disahkan sendiri oleh Pengarah Animasi Primework Studios, Airin Zainul dalam satu temu bual ketika majlis pelancaran filem pendek berkenaan di Buletin Utama baru-baru ini.

Khas buat peminat filem animasi EJEN ALI THE MOVIE, anda tidak perlu risau kerana filem ini akan ditayangkan di TV3 pada 25 Disember, pada jam 10.00malam sebagai sebahagian daripada program istimewa sempena sambutan cuti perayaan dan menariknya, filem ini dialih bahasa ke Bahasa Inggeris.

Terdahulu, EJEN ALI mengisahkan mengenai seorang budak lelaki bernama Ali yang secara tidak sengaja terlibat dengan sebuah peranti pintar, IRIS, milik agensi pengintipan, MATA. Akibat mengetahui terlalu banyak akan rahsia MATA, Ali direkrut sebagai ejen rahsia.

Jom sama-sama kita menonton filem pendek EJEN ALI, MISI: JUANG sebagai salah satu simbol penghargaan buat mereka yang telah nekerja keras menangani pandemik ini dan juga termasuklah diri kita yang sentiasa mengamalkan SOP yang telah ditetapkan demi #kitajagakita!

 

Baca juga:

Ejen Ali ditonton seluruh dunia

Ejen Ali dapat pengiktirafan festival antarabangsa

 

Sumber: Sidang Akhbar MISI:JUANG

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement