Connect with us
Kool FM

Gaya Hidup

Dr Kamarul Ariffin Kongsi Cara Hilangkan Rasa Pedas Paling Berkesan!

Rasa pedas pada cili adalah disebabkan bahan yang dipanggil Capsaicin. Ia mempunyai sifat tidak larut air, sebab itu minum air atau kemam ais tak berapa efektif untuk kurangkan kepedasan yang mungkin anda alami.

Published

on

Setiap orang akan daya ketahanan pedas yang berbeza. Ada yang makan sos cili biasa pun dah rasa pedas dan ada pula yang perlukan cili padi kampung setiap kali makan katanya tak sedap makan kalau tak pedas. Namun, janganlah terlalu paksa diri atau orang sekeliling jika mereka tidak tahan makan pedas kerana ia mungkin boleh memudaratkan kesihatannya tanpa kita sedari walaupun dengan hanya makan pedas.

Selain itu, ada orang pula suka makan pedas tetapi bila makan pedas dia akan berpeluh-peluh di dahi dan badan sehinggakan ada yang pedas garu kepala sebab gatal. Anda ada kawan yang alami situasi seperti ini?  Apapun, pesanan kami jangan terlalu kerap makan makanan yang pedas-pedas ya, kesian perut nanti. Baru-baru ini ada seorang pengamal perubatan, Dr Kamarul Ariffin telah berkongsi cara-cara jika termakan makanan yang terlalu pedas melepasi daya ketahanan pedas diri anda.

Sebelum kami kongsikan cara, Dr Kamarul ada berkongsi sedikit info iaitu rasa pedas pada cili adalah disebabkan bahan yang dipanggil Capsaicin. Ia mempunyai sifat tidak larut air, sebab itu minum air atau kemam ais tak berapa efektif untuk kurangkan kepedasan yang mungkin anda alami. Capsaicin adalah bahan yang mudah larut dalam bahan berminyak atau berlemak.

Kini, kami akan kongsikan beberapa bahan yang efektif untuk anda kurangkan rasa kepedasan di lidah. Antara bahan-bahanya ialah:

  1. Susu
    Susu dan keju mengandungi lemak serta casein (protein) yang boleh memisahkan capsaicin dari tunas rasa. Santan dan soya pun boleh.
  2. Coklat
    Coklat, terutamanya coklat susu mempunyai banyak minyak dan lemak, maka ia efektif larutkan capsaicin.
  3. Mentega Kacang
    Kacang mengandungi minyak, ia membuatkan rasanya berlemak dan berkesan untuk basmi kepedasan.
  4. Asid
    Makanan Thai banyak gunakan cili padi, serta limau, cuka dan mangga muda. Kenapa? Sebab bahan berasid boleh mengurangkan rasa pedas.
  5. Gula
    Kebiasaannya orang akan tambah gula dalam masakan untuk kurangkan kepedasan. Rasa manis boleh membantutkan pedas. Anda juga boleh guna madu.
  6. Roti
    Roti serta makanan berkanji seperti nasi boleh serap capsaicin.

Menurut Dr Kamarul, makan makanan pedas adalah nikmat namun kita hendaklah mengambil makanan pedas berpada-pada. Hal ini kerana memakan makanan yang terlalu pedas boleh menyebabkan gastritis, cirit birit, dan masalah kesihatan yang lain. Apapun, setiap yang kita buat haruslah berpada-pada ya.

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Kesihatan Mental Bergantung Pada Kualiti Tidur

Adakah Bersukan Boleh Jejaskan Kesihatan Lelaki?

 

 

Sumber: Facebook Dr. Kamarul Ariffin

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement