Connect with us
Kool FM

Gaya Hidup

Ditegur Bermain PUBG, Lelaki Ini Tikam Bapa Sendiri! Kawal Ketagihan ‘Online Gaming’ Anak² Dengan Cara ini

Teruk sangat ketagih ni sampai tikam bapa sendiri…

Published

on

Ketagihan bermain dengan permainan video mampu memberi kesan yang buruk terhadap diri. Selain kesan buruk kepada tahap kesihatan, ia juga mampu menjadi pencetus terhadap kejadian yang tidak diingini. Satu kejadian yang berlaku di India di mana seorang lelaki berang apabila ditegur bapanya kerana terlalu lama bermain permainan dalam talian, PlayerUnknown’s Battleground (PUBG) sehingga dia menikam bapanya itu.

Menurut laporan, lelaki yang dikenali sebagai Amir itu berang selepas ditegur lalu menikam bapanya, yang kemudian dibawa ke hospital. Selain itu, dia turut mencederakan dirinya sehingga dimasukkan ke hospital bagi mendapatkan rawatan. Bagaimanapun, Amir dilaporkan berada dalam keadaan yang kritikal.

Selepas siasatan lanjut, pihak polis mendapati Amir merupakan seorang penagih dadah dan sedang menjalani rawatan untuk menghilangkan ketagihannya. Namun, Amir bukanlah mangsa pertama yang ketagih dengan permainan dalam talian kerana terdapat beberapa kes kematian membabitkan kanak-kanak dan remaja yang ketagih bermain PUBG di India.

Mungkin anda juga antara mereka yang risau melihat generasi muda sekarang yang banyak menghabiskan masa di alam maya. Semuanya atas alasan menghilangkan bosan dan kerana permainan dalam talian lebih menyeronokkan. Jadi, anda boleh cuba cara ini untuk mengawal ‘ketagihan’ anak-anak bermain permainan video atau permainan di alam maya.

1. Hadkan Masa Anak-Anak Bermain Sendirian

Jika dibiarkan anak-anak bermain permainan video sendirian, ia akan memberi peluang untuk mereka bermain lebih daripada tempoh yang sepatutnya. Hal ini akan membuatkan mereka mudah ‘ketagih’ kerana mereka boleh bermain seberapa lama yang mereka mahukan. 

2. Simpan Gadjet Dan Pasang Kata Laluan

Apabila mereka sudah bermain dalam tempoh yang ditetapkan, anda boleh menyimpan gadjet tersebut dan meletakkan kata laluan. Jika mereka berjaya mengambil gadjet itu secara senyap, ia tetap tidak boleh diakses kerana telah dikunci dengan kata laluan. 

3. Bersikap Tegas

Kadang-kadang anda juga perlu bersikap tegas dalam konteks menghadkan permainan video ini. Pada mulanya mungkin anak-anak akan meragam dengan ketegasan kita, namun kita juga perlu menunjukkan kepada mereka bahawa terdapat perkara berfaedah yang lain juga yang boleh dilakukan bersama.

4. Gantikan Dengan Perkara Yang Menyeronokkan

Akhir sekali, sebagai ibu bapa kita perlulah memahami naluri anak-anak kita yang lebih cenderung dengan perkara yang menyeronokkan. Apabila kita menjauhkan mereka daripada permainan dalam talian, secara tak langsung mereka akan berasa bosan kerana tiada perkara lain menyeronokkan lain yang boleh mereka lakukan. Jadi, ini lah masanya kita melakukan aktiviti yang akan mengisi masa terluang bersama mereka.

Baca juga artikel menarik yang lain:

Bapa Stres Ajar Anak Matematik Sampai Pengsan! Cuba Cara Ini Untuk Kurangkan Stres

Jeffrydin Kongsi Rahsia Sihat Pada Usia 74 tahun. Cuba Juga Kaedah Orang Jepun Hidup Lama

 

 

 

 

Sumber berita: Harian Metro

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement