Connect with us
Kool FM

Gaya Hidup

Cara Mudah Urus Group Telegram Anak Semasa Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah

Semoga lepas ini mak ayah tak serabut lagi..

Published

on

Pendidikan anak-anak adalah salah satu keutamaan ibu bapa untuk memastikan anak-anak bersedia menghadapi masa depan mereka. Walaupun tahun 2021 tidak seperti tahun-tahun sebelum ini namun bahangnya masih terasa. Kalau tahun sebelum ini, pada hari pertama sesi persekolahan semestinya ibu bapalah yang menjadi orang pertama kelam kabut sediakan kelengkapan anak-anak, beg sekolah, ambil gambar anak di hari persekolah, siapkan sarapan sebelum ke sekolah dan banyak lagi.

Namun tidak dinafikan tahun 2021 hari pertama persekolahan juga penuh cabaran di mana ibu bapa perlu memastikan bateri telefon pintar atau komputer riba cukup untuk sesi online class dan anak-anak dah bersedia untuk duduk diam-diam belajar di rumah. Bagaimanapun, tidak semua anak-anak beruntung ada kelengkapan untuk menjalani sesi persekolahan dengan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) dan situasi ini amatlah membimbangkan. Kesian anak-anak..

Hari ini kami akan kongsikan satu cara untuk ibu bapa memudahkan urusan PdPR anak-anak. Sebelum ini ramai ibu bapa dan penjaga terasa beban dengan grup Telegram dan WhatsApp kelas anak-anak, kini lebih banyak lagi grup yang telah buat hanya untuk kegunaan PdPR anak-anak mereka. Bertabahlah!

Kalau anda ada seorang anak sudah terasa kelam kabut, anda cuba bayangkan ibu bapa yang perlu uruskan lebih dari 2 orang anak yang kecil bersekolah. Pening tiada kesudahan sis! Akhirnya WFH ibu bapa entah ke mana..

Berita baik untuk anda, satu perkongsian dari seorang pengguna Facebook Nora’s Noraziyan ini mungkin dapat membantu anda susun folder di Telegram untuk membahagikan mengikut kesesuaian anda. Jangan risau, kami sertakan gambar dan cara untuk bantu anda. Langkah-langkah ini boleh digunakan untuk peranti Android dan iOS.

Dua hari lagi Kelas online (PdPR) akan bermula. Mak ayah dah sedia?

Cikgu-cikgu pun dah mula buat group TELEGRAM untuk…

Posted by Nora’s Noraziyan on Sunday, 17 January 2021

1- Masuk ke Telegram dan Tekan Settings. – Pastikan Telegram anda sudah di update dalam versi terkini untuk setting FOLDER muncul.

2- Klik pada Folders – Jika tiada fungsi Folder sila ke Google Apps dan update Telegram anda. Klik pada FOLDER untuk create folder . FOLDER ibarat kotak besar untuk menyimpan buku. Anda juga boleh create CHANNEL untuk menyimpan kerja sekolah anak-anak. Channel ibarat buku nota. Boleh simpan gambar, video, files dan lain-lain.

3- Tekan Create Folder – Klik create Folder. Maksimum 10 folders dibenarkan. Setiap folder letak nama anak atau apa-apa yangbersesuaian.

4- Tekan Add Chats (Tambah Perbualan) – Klik ADD CHATS untuk group sekolah yang mak ayah dah join mengikut ketegori folder yang dicipta tadi.

5- Siap! – Grup atau chats yang sudah dimasukkan di dalam folder.

Kini ibu bapa tidak perlu scroll dan cari satu-satu yang mana chat milik anak yang pertama, yang kedua dan seterusnya. Sebagai nota tambahan, anda perlu pastikan nama yang digunakan untuk folder anda tidak melebihi 12 huruf untuk memudahkan anda. Semoga informasi ini memberi manfaat kepada anda dan selamat mencuba!

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

“It’s About Time Kita Stop Bayar Yuran Sekolah” – Nabila Huda

Perkongsian Cabaran Ajar Anak Di Rumah Buat Mak Bertukar Jadi ‘Hijau’ Tarik Perhatian Netizen

 

 

 

 

Sumber: Facebook Nora’s Noraziyan

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement