Connect with us
Kool FM

Semasa

Boleh Ke Pesakit COVID-19 Minta Hospital Rahsiakan Penyakitnya Pada Orang Awam?

Jika pesakit merasa tidak berpuas hati dengan rawatan yang diberikan, mereka boleh memaklumkan ke ..

Published

on

Bila sebut hospital, ramai yang beranggapan ia adalah tempat yang menakutkan, mengerikan dan menyakitkan.

Mereka membayangkan kesakitan dicucuk jarum, makan ubat kuantiti yang banyak, dicucuk untuk masuk air ke dalam badan, perlu bermalam di wad seorang diri dan banyak lagi sampaikan ada segelintir sanggup tidak ke hospital untuk mengelakkan diri dari menerima rawatan sebegitu.

Malah, lebih teruk lagi apabila ada yang tidak bersetuju dengan rawatan yang diberikan daripada pihak hospital kononnya para doktor dan jururawat tidak memberi rawatan dengan baik sehingga memudaratkan kesihatan pesakit.

Sumber: biospectrum

Isu ini dibincangkan dalam sesi Kool Chat pagi tadi bersama Ketua Penolong Pengarah Kanan, Sektor Jurisprudens Perubatan Cawangan Medico Legal, KKM, Dr Nizam Ishak.

Beliau menjelaskan jika pesakit merasa tidak berpuas hati dengan rawatan yang diberikan, mereka boleh memaklumkan ke mahkamah kerana hak pesakit dilindungi di bawah Akta Undang-Undang Sivil 1956 jika terdapat kecuaian rawatan.

“Tapi, segala aduan yang diberikan sebaiknya berbincang terlebih dahulu dengan pihak hospital. Ini supaya segala isu dapat diselesaikan antara pesakit dan pihak doktor dengan mengikut garis panduan pengurusan aduan yang telah disediakan,”

Sumber: fmt

Dalam pada masa sama juga, Dr. Nizam memberitahu pesakit juga mempunyai hak untuk merahsiakan penyakit yang mereka alami walaupun penyakit berbahaya sekalipun selagi mengikut syarat yang telah ditetapkan seperti waras, dewasa dan sebagainya.

“Misalnya, ada pesakit COVID-19 yang tidak ingin statusnya diketahui dan disebarkan kepada jiran, rakan kerja atau saudara, jadi kami berhak menyimpan rahsia tersebut memandangkan melibatkan maruah dan kesihatan mental pesakit tersebut.”

Untuk dengarkan lebih terperinci, klik saja link di sini.

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Virus COVID-19 Mampu Hidup 9 Jam Atas Permukaan Kulit. Teruskan Ikut Cara Betul Basuh Tangan Ini

Pengumuman Khas Buat Mereka Yang Pernah Dijangkiti Virus COVID-19

 

 

 

 

 

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement