Connect with us
Kool FM

Gaya Hidup

‘Bodohkan’ Diri Tidak Relevan, Wanita Berkerjaya & Profesional Tidak Suka Komitmen?

Nyata ada yang faham maksud yang ingin disampaikan oleh Prof Muhaya, ada juga yang menolaknya kerana merasakan wanita tidak perlu jadi ‘bodoh’ untuk mendapat jodoh. 

Published

on

Nampaknya isu wanita perlu jadi ‘bodoh-bodoh sikit’ ni masih panas. Nyata ada yang faham maksud yang ingin disampaikan oleh Datuk Prof Dr. Muhaya Mohamad, ada juga yang menolaknya kerana merasakan wanita tidak perlu jadi ‘bodoh’ untuk mendapat jodoh. 

Sedar atau tidak, ada daripada ahli keluarga, rakan sekerja dan sahabat baik merupakan wanita berpendidikan tinggi yang belum berkahwin.

Baca juga: “Terlalu Berdikari  & Bekerjaya Punca Wanita Lambat Kahwin”-Dr Amalina Selar Kenyataan Prof Dr Muhaya

Mereka punya segalanya seperti kerjaya yang baik, pendapatan lumayan, kereta mewah dan rumah yang sempurna tetapi masih tidak mempunyai pasangan hidup. Benarkah ramai beranggapan wanita berkerjaya dikatakan sukar untuk menempa kejayaan yang memberangsangkan jika mereka berkahwin?

Apatah lagi jika mempunyai anak-anak yang kononnya akan menyekat kerjaya mereka untuk berkembang dan lebih berjaya.  Mungkin setelah mereka menempa nama dan sudah berjaya dalam kerjaya barulah mereka terfikir untuk mencari pasangan yang pada ketika itu walaupun belum terlewat tetapi sudah agak terlajak. Jadi wanita ini lebih rela hidup sendirian walaupun jiwa seperti kosong.

via GIPHY

 

Antara Punca Wanita Berkerjaya Tidak Mahu Berkeluarga

  • Keengganan berkongsi kehidupan dengan pasangan disebabkan oleh kehidupan yang selesa dan terjamin dari segi material. Alasan ini haruslah dihormati kerana daripada berkongsi pendapatan dengan lelaki yang belum tentu perangainya, lebih baik menggunakannya untuk diri sendiri atau keluarga.
  • Ada juga yang tidak kisah berkongsi kehidupan namun sukar mendapatkan pasangan yang sesuai dari segi status, kerjaya dan umur. Tidak semua wanita bersedia untuk mengahwini pasangan yang lebih muda atau mempunyai pasangan lebih berusia. Seperti wanita lain, mereka juga impikan untuk dapatkan pasangan yang bujang. Sungguh pun begitu pasti agak sukar untuk mencari pasangan dalam kriteria itu dan mungkin ada yang perlu berkongsi kasih dan bermadu. Jika tidak pun mendapat pasangan berstatus duda. Hubungan seperti ini pasti menyukarkan mereka lebih-lebih lagi jika wanita ini adalah orang yang berkepentingan, pasti status hubungannya menjadi bahan bualan ramai. Oleh itu mereka memikirkan lebih baik hidup bersendirian.

via GIPHY

 

  • Hari ini juga banyak masalah keretakan rumah tangga dan penceraian berlaku dalam tempoh perkahwinan yang singkat disebabkan hal remeh. Bukan itu sahaja malah berlaku juga masalah penderaan dilakukan pasangan sendiri. Ini tidak mustahil menghantui wanita-wanita profesional untuk berkahwin. Kebanykakkan mereka adalah golongan berpendidikan tinggi dan bijak pandai jadi mereka beranggapan jangan mudah jadi bodoh dan dipergunakan kerana istilah cinta seorang lelaki.

Itu hanyalah rumusan biasa masyarakat kita kepada wanita golongan ini. Apa pun andaian yang diberikan, janganlah sesekali memandang sinis wanita yang belum berkahwin. Ini kerana, rata-rata wanita profesional yang tidak berkahwin selalunya mempunyai alasan tersendiri mengapa mereka memilih untuk bersendirian. Apa pun jangan menafikan bahawa naluri wanita sememangnya menuntut supaya mereka dibelai, dicintai dan diberi perhatian.

Baca juga:“Adakah Awak Muslim?”-Soo Wincci Bidas Kenyataan Prof Muhaya Dengan Ayat Al-Quran, Wargamaya Terus Tergamam

 

 

 

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement