Connect with us
On Air Di Kool

Semasa

Betul Ke Nasi Yang Dipanaskan Penyebab Keracunan Makanan?

Nasi yang ditinggalkan lebih 4 jam akan mengaktifkan spora.

Published

on

Nasi ada lagikan? Panaskan nasi tu, esok boleh makan lagi. Nanti basi..”

Orang dulu selalu pesan macam panaskan nasi bila tiba malam untuk makan esok. Mungkin sekarang ni masih lagi yang buat. Kononnya untuk mengelakkan pembaziran.

Memang betul tapi bukankah lebih baik kalau kita tahu bajet untuk berapa orang makan. Elakkan masak lebih kecuali jumlah isi rumah ramai dari kebiasaan.

Tak apa tak cukup sebab boleh masak lagi. Cuma cara memanaskan nasi yang sudah masak, agak-agak elok tak untuk kesihatan?

via GIPHY

Jadi kami akan kongsikan penerangan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia. Menurut mereka, ia bukan kerana pemanasan semula nasi tu tapi cara kita menyimpan nasi itu sebelum dipanaskan.

Nasi yang ditinggalkan dalam suhu bilik lebih 4 jam menyebabkan spora yang ada dlm nasi itu aktif semula sekaligus menyebabkan pembiakan bakteria bacilus cereus sehingga menghasilkan toksin beracun. Sebab itu lah penting untuk kita menitik beratkan cara penyimpanan makanan.

via GIPHY

Bagaimanapun terdapat netizen yang cuba menolak penjelasan ini kerana melihat dari kesihatan orang dulu dan ini adalah jawapan dari KKM.

Jadi, lepas ni pastikan makanan yang telah dimasak mesti disimpan dalam bekas yang tertutup dan tidak terdedah.

Berhati-hati ye dalam pemilihan makanan!

 

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Offer Sampai RM1800 Hanya Jaga Gerai Nasi Lemak, Netizen Banding Dengan Gaji Company Besar

Stres Dan Suka Makan? Cuba Makanan² Yang Sesuai Hilangkan Tekanan

 

 

 

 

Sumber: KKM

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement