Connect with us
Kool FM

Semasa

Betul Ke Banyak Minum Air Batu Punca Darah Haid Berketul?

Dr. Rafidah Abdullah tampil menjelaskan isu ini.

Published

on

Haid ialah proses semula jadi dan normal yang dialami bagi semua wanita bermula usia akil baligh. Apa yang menjadi masalah apabila tekstur darah haid berketul sehingga menimbulkan kerisauan.

Adakah pengambilan ais batu yang terlalu banyak? Perkara ini mungkin lucu bagi segelintir pembaca namun, masih ada yang mempercayai ais batu adalah punca darah haid berketul.

Darah Haid Berketul Dan Banyak, Adakah Ianya Merbahaya? - Bidadari.My

Untuk pengetahuan anda, darah haid berketul adalah campuran sel darah, tisu dari lapisan rahim dan protein dalam darah yang membantu mengatur aliran haid.

Malah, Pakar Perunding Nefrologi, Dr. Rafidah Abdullah tampil menjelaskan isu ini. Katanya, minum ais atau air batu tidak menyebabkan buah pinggang kerja lebih atau menyebabkan darah haid berketul.

“Masuk saja ais dalam mulut, biarkan dia cair dan jadi suhu badan. Tidak ada kena mengena dengan perut buncit, haid berketul atau urat kembang. Minum sahaja ais asalkan bersih dan tidak tambah manis berkalori,” jelasnya.

Image

Namun, jika darah tetap keluar berminggu-minggu lamanya, perlulah berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan kesihatan.

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Tanda Buah Pinggang Anda Bermasalah

Amalkan Corak Pemakanan Ni Untuk Elakkan Buah Pinggang Rosak Cepat

 

 

 

 

 

Sumber: twitter

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement