Connect with us
Kool FM

Gaya Hidup

Beri Kesan Buruk Kalau Badan Tak Cukup Kandungan Karotenoid

Bagi yang rasa karotenoid tidak penting, sebenarnya anda salah.

Published

on

“Karotenoid? Apa tu?”

Karotenoid adalah salah satu antioksidan yang penting untuk tubuh kesihatan kita dan bahan kimia yang memberi warna semula jadi pada kesemua buah dan sayuran. Pigmen ini menghasilkan warna sepert hijau, putih, kuning cerah, merah, oren dan lain-lain seperti mana warna yang terdapat pada sayur dan buah-buahan.

Menurut penerangan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi laman akaun Facebook, fungsi karotenoid adalah untuk membekalkan vitamin A dan kandungan karotenoid sangat banyak pada lobak merah.

via GIPHY

Kegunan vitamin A pada tubuh pula, untuk melindungi tubuh badan daripada terkena apa-apa penyakit yang berisiko dan meningkatkan sistem imunisasi tubuh.

Bagi yang rasa karotenoid tidak penting, sebenarnya anda salah kerana berkemungkinan anda boleh mengalami beberapa simptom seperti…

  1. Rabun malam.
  2. Sistem imun menjadi lemah.
  3. Meningkatkan risiko menghidap penyakit kanser.
  4. Kerosakkan kornea mata yang mungkin menyebabkan buta.
  5. Peningkatan mortaliti dan morbiditi yang menyebabkan penyakit penfasan dan gastrousus.

Nampak tak keburukkan jika tak makan lobak merah? Dan sebenarnya, bukan lobak merah je yang ada banyak manfaat, sayur dan buah lain juga ada manfaat mereka tersendiri cuma memberi kesan yang berbeza.

Tentukan kesihatan anda dengan menentukan pilihan rutin makanan harian anda.

 

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Penggemar Somtam? Jom Buat 2 Jenis Somtam Ini

Resepi Kerepek Carrot, Sihat Sesuai Untuk Anak-Anak

 

 

 

 

Sumber: facebook 

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement