Connect with us
On Air Di Kool

Gaya Hidup

Bayi Mangsa COVID-19 Paling Muda, Ibu Bapa Jangan Degil Bawa Anak Keluar Lagi!

Ibu bapa, tolong berhenti pentingkan diri sendiri!

Published

on

Sudah berkali dipesan, jangan bawa anak-anak kecil lebih-lebih lagi bayi ke pasar raya atau kawasan tumpuan ramai. Namun, tinjauan penulis ke pasar raya baru-baru ini sungguh mengecewakan, apabila masih ada lagi ibu bapa bersifat tidak bertanggungjawab membawa bayi yang masih merah kulitnya ke shopping mall dipenuhi orang.

Tidakkah anda berasa bersalah apabila diri sendiri menggunakan pelitup muka namun bayi kecil yang baru beberapa bulan melihat dunia dibiarkan terdedah tanpa perlindungan daripada virus merbahaya. Sememangnya bayi dan kanak-kanak berusia dua tahun ke bawah tidak digalakkan memakai pelitup muka, dan satu-satu pilihan yang ibu bapa ada adalah dengan tidak membawa mereka keluar ke tempat tumpuan ramai! Stop being selfish!

Berita yang dilaporkan ini sungguh menyedihkan apabila bayi perempuan berusia setahun menjadi mangsa termuda meninggal dunia akibat Covid-19 di Malaysia.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, bayi itu mendapatkan rawatan di Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Semporna, 1 Oktober lalu.

Keadaan kesihatan kes didapati merosot dan memerlukan bantuan pernafasan. Saringan Covid-19 didapati positif pada 5 Oktober dan bayi disahkan meninggal dunia 4.25 petang hari sama.

 Lakukan cara ini jika terdesak keluar rumah

Jika anda adalah penjaga tunggal dan ingin keluar atas urusan penting, minta bantuan jiran yang dipercayai untuk menjaga anak sepanjang tempoh tertentu. Manfaatkan juga pertolongan ahli keluarga terdekat jika ada, untuk menjaga anak kecil seketika sementara anda keluar.

Dengan kemudahan pembelian secara dalam talian, gunakanlah khidmat tersebut sebaiknya. Tidak perlu keluar rumah membahayakan nyawa anak dan anda sendiri. Pesan sahaja barangan yang ingin dibeli menggunakan perkidmatan Grab dan sebagainya.

Jadilah ibu bapa yang bertanggung jawab kerana anak itu bukan hanya hadiah, malah ia adalah pinjaman Tuhan untuk kita menjaganya dengan baik.

 

Baca juga:

Awas Risiko Kecacatan Bayi Jika Ambil Produk Kecantikan Ketika Mengandung

Terpaksa C-Section Di ‘Red Zone’, Keluarkan Bayi Daripada Ibu Yang Sudah Tiada

 

 

 

 

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement