Connect with us
Kool FM

Semasa

Pasangan Ini Sanggup Batalkan Majlis Sanding Untuk Bantu Orang Susah

Semoga pasangan ini bahagia hingga nafas terakhir mereka.

Published

on

Selain daripada ekonomi terjejas pada musim pandemik Covid-19, ramai pasangan terpaksa menangguh tarikh majlis sanding mereka demi mematuhi SOP yang telah dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Tak dapat dinafikan juga ada yang membatalkan majlis persandingan mereka tapi apa yang menarik perhatian kami apabila pasangan di Chicago, Emily Bugg and Billy Lewis memutuskan untuk batalkan majlis perkahwinan besar mereka dan menggunakan duit tersebut  untuk mengagihkan makanan kepada golongan yang lebih susah.

Walaupun mereka sudah merancang majlis besar mereka bersama kawan dan keluarga tapi apabila rancangan tidak berjalan seperti dirancang, mereka merasakan lebih baik membuat majlis secara kecil-kecilan.

Jumlah deposit sebanyak 5,000 dolar yang telah didahulukan kepada pihak katering, mereka bungkus kemudian berikan kepada orang susah.

Hasil daripada jumlah tersebut, pihak katering tersebut berjaya membungkus sebanyak 200 bungkus makanan.

“Saya sebenarnya tak kisah majlis besar dibatalkan kerana apa yang lebih penting sekarang kami sudah bahagia selepas sah bergelar suami isteri,” kata Emily kepada pihak media.

Apa pun, bersederhanalah dalam kehidupan kerana sikap ini tidak akan merugikan mana-mana pihak bahkan diri kita sendiri.

Semoga pasangan ini bahagia hingga nafas terakhir mereka.

 

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

“Ini Baru Betul Kita Panggil Pengantin COVID..” – Pasangan Berkahwin di Pusat Rawatan Covid-19

“Tuhan Sangat Baik, Begitu Baik!” -Pasangan Ini Dikurniakan Cahaya Mata Selepas 21 Tahun Menanti

 

 

 

 

Sumber: twentyworld

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement