Connect with us
Kool FM

Gaya Hidup

Bakal Pergi ‘Road Trip’ Minggu Ini? Jangan Lupa Tips Ini

Sebelum berseronok, baca dulu ini!

Published

on

Ada sesetengah kawasan telah dilanjutkan fasa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) namun kebenaran untuk rentas negeri masih diteruskan. Disebabkan pintu sempadan negara belum dibuka untuk perjalanan ke luar negara, ramai antara kita yang memilih untuk Cuti-Cuti Malaysia membawa keluarga atau rakan-rakan luangkan masa bersama.

Ada yang memilih untuk bercuti ke pantai dan pulau, ada juga yang lebih suka bercuti eko-pelancongan di dalam hutan dan ada juga yang mungkin lebih menggemari percutian singkat seperti ‘road trip’ bersama keluarga atau rakan-rakan ke destinasi tertentu.

Walau apa pun pilihan jenis percutian domestik anda, jangan lupa untuk sentiasa mendahulukan keselamatan dan kebersihan diri serta orang lain ketika jalan-jalan memandangkan pandemik COVID-19 masih belum berakhir. Kali ini kami akan kongsikan beberapa tips penting yang boleh anda lakukan untuk mereka yang sedang merancang ‘road trip’ dalam waktu terdekat ini.

via GIPHY

Bawa ‘Senjata’

Senjata yang dimaksudkan ialah topeng muka, sanitizer, tisu basah, sarung tangan (pilihan), ubat dan sebagainya. Ia mungkin mengambil ruang dalam beg anda tetapi percayalah ia sangat berguna sekiranya sesuatu terjadi. Buat masa ini amatlah penting untuk kita sentiasa berjaga-jaga dan bersedia dengan segala kemungkinan yang ada.

Kesihatan Tip Top

Ini sangat penting! Sebelum anda pergi ke destinasi yang dituju, pastikan anda dan keluarga tidak mempunyai gejala atau sedang sakit. Hal ini kerana agak sukar untuk menjaga jarak dalam kenderaan yang tertutup dan boleh menyebarkan virus. Disarankan untuk menghadkan jumlah orang dalam sesebuah kenderaan supaya ada ruang kosong bagi membolehkan penjagaan jarak.

Senarai R&R Lebuhraya Utara Selatan Rehat & Rawat - Harga Minyak

Jangan Kerap Berhenti

Dinasihati supaya sepanjang perjalanan anda nanti hindarilah daripada berhenti ke kawasan Rehat dan Rawat (R&R) sekiranya tiada sebarang keperluan terutamanya di kawasan ramai orang. Anda boleh bawa makanan dan minuman daripada rumah untuk dijamah di dalam kereta malah ia lebih menjimatkan bajet percutian anda.

Kemudahan Tempat Awam

Ketika sedang bercuti, sentiasalah berhati-hati sebelum menggunakan sesuatu kemudahan awam kerana kita tidak pasti berapa ramai yang telah menggunakannya sebelum kita seperti di tandas, tempat cuci tangan atau pun di surau. Bagi yang wanita Muslim, anda disarankan untuk membawa sendiri keperluan solat seperti telekung dan sejadah untuk elak berkongsi dengan orang lain.

93 tandas dalam MBJB dikategori lima bintang – JohorKini

Breath In Breath Out

Apabila tiba di kawasan selamat dan bebas daripada pencemaran, matikan penghawa dingin dan buka tingkap kereta untuk menghirup udara segar. Ia bukan sahaja nyaman tetapi dapat membantu meningkatkan kesihatan fizikal dan mental kita saat bercuti. Setelah sekian lama #dudukdirumah, inilah peluang anda untuk menikmati dan reset semula diri anda.

Semoga perkongsian kami ini akan dapat melindungi diri anda dan orang lain daripada jangkitan penyakit serta membuatkan percutian anda lebih seronok!

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Tips Untuk Ibu Bapa Bercuti Bersama Anak Kecil Cara Norma Baru

Cara-Cara Berkesan Memulakan Habit Baru. Belum Cuba Belum Tahu!

 

 

 

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement