Semasa & Hiburan
“Ayah Selalu Ambil Tumbler I Ikut Suka Hati Dia,” – Lihat Apa Wanita Ini Buat
Biasalah, bila dah berkongsi, agak sukar untuk kita guna sewaktu kita memerlukan.
Pernah viral satu video sebelum ni tentang seorang ayah terasa hati kerana kesemua anak-anaknya tidak menyambut ulangtahun hari jadinya sehinggalah dikejutkan dengan sebuah sambutan kecil dalam kalangan keluarga mereka.
Terbaru lain pula apabila tular sebuah lagi video seorang anak perempuan memberikan hadiah tumbler kepada ayahnya sempena hari jadi.
Ini kerana dia melihat tumbler kesukaannya sering dipakai oleh ayahnya hampir setiap hari. Malah, menerusi luahan dalam rakaman video tersebut dia menulis,
“Dia akan ambil bila-bila je dia nak. Sejujurnya saya tak kisah pun tapi…”
Biasalah, bila dah berkongsi, agak sukar untuk kita guna sewaktu kita memerlukan.
Jadi, dia memilih untuk membelikan satu lagi set tumbler khas untuk kegunaan ayahnya sendiri serta beg galas tumbler untuk mudah dibawa ke mana saja.
Menyentuh hati lagi apabila reaksi ayahnya menunjukkan rasa puas hati dan menghargai pemberian anaknya. Jom lihat video berikut…
Abah i selalu curi my flask sebab dia cakap best so i got him his own for his birthday 😭
his face at the end – worth it 🥺✨ pic.twitter.com/lpHglXOZXE
— Lily 🕊 (@omgilirawaidaa) November 23, 2020
Alahai comel je dua beranak ni tau, semoga hubungan mereka kekal akrab.
Untuk bacaan lebih menarik, klik saja disini:
Perkongsian Kisah Hidup Cik B Masa Kecil Bongkar Perangai Sebenar Ayahnya
“Kenapalah Anak-Anak Tak Sambut Hari Jadi Ayah..” – Viral Video Ayah Menangis
Sumber: twitter