Gaya Hidup
AWAS! Tip Elak Bilik Hotel Berhantu
Dah buat tempahan hotel ke?
Hujung tahun ini merupakan satu peluang untuk anda bawa keluarga bercuti. Walaupun tahun 2020 penuh dengan cabaran tapi kita berjaya harungi bersama keluarga tercinta. Bercuti di hujung tahun boleh juga dianggap sebagai satu ganjaran buat anda seisi keluarga bergembira bersama tapi janganlah lupa jaga SOP sepanjang percutian. Ramai memilih lakukan staycation bersama keluarga di tempat yang lebih dekat disebabkan hotel dan tempat percutian kebanyakannya sudah penuh.
Oleh itu, ramai sanggup pergi bercuti di tempat yang kurang dikunjungi orang untuk jaga SOP dan ada bilik hotel kosong. Tapi macam mana nak pastikan tempat yang kita bakal pergi itu selamat daripada diganggu ‘rakan halus’? Jom kami kongsikan beberapa cara untuk elakkan diri dan keluarga daripada diganggu sepanajng percutian.
Elak Resort Terpencil
Ada sesetengah hotel bila kita lihat dari luar pun dah seram. Ada banyak resort di yang berada di kawasan tersorok disebabkan mahu suasana yag lebih tenang dan ada juga hotel yang nun jauh di atas bukit contohnya First World Hotel di Genting. Bila tempat yang kita bakal pergi kurang orang dan terpencil, peratusan untuk ia ada ‘sesuatu’ adalah tinggi. Jadi, jika anda mahu pergi bercuti dengan keluarga dan mempunyi anak kecil, kami sarankan anda pergilah ke tempat yang kurang terpencil.
Elak Hotel ‘Bersejarah’
Hotel bersejarah adalah hotel yang sudah lama bertapak di situ. Mungkin juga usia hotel itu lebih tua dari mak ayah kita! Hotel-hotel ini memang ramai orang kaya minat sebab ia selalunya bertaraf 5 bintang dan gaya kolonialnya. Tapi, umur bilik yang panjang juga menyebabkan bilik-bilik hotel ini menyimpan pelbagai peristiwa dan rahsia tak kiralah bersejarah atau tragis. Jadi, sebelum pergi, buat dahulu kajian tentang hotel yang bakal anda tidur itu.
Elakkan Walk In
Jangan cari bilik di saat akhir melainkan tak ada pilihan lain. Dalam hampir semua hotel, ada bilik yang ditutup untuk tempahan. Kadangkala, bukan satu atau dua bilik. Tapi satu tingkat ditutup untuk tetamu. Bilik-bilik ini selalunya tempat kes ngeri, tempat kerap orang jumpa makhluk halus atau tempat letaknya patung-patung keagamaan pemilik hotel. Sesetengah bilik, dikosongkan sebab puas cuba dipulihkan dari makhluk halus, tapi tak berjaya.
Bilik Pelik? Minta Yang Lain
Tanda awal yang bilik anda dihuni makhluk lain ialah bila anda masuk, bilik ada bau pelik, hati rasa pelik, atau lebih sejuk dari biasa. Jangan kompromi dengan bilik yang kelihatan terusik. Tapi, kalau anda masuk dan bilik anda dalam keadaan berselerak contohnya selimut di lantai, pintu almari terbuka, atau ada daun-daun kering berterabur di bilik, jangan tunggu lagi. Walaupun apa alasan yang diberi hotel, minta saja bilik lain. Bukan apa, tetamu tak diundang mungkin muncul pada malamnya.
Jaga Adab Semasa Senja
Ini waktu paling cantik, bak kata anak muda ‘golden hour‘. Tapi ingatlah ia adalah satu masa yang bahaya untuk duduk di luar. Sebelum senja, ajak anak masuk dan jangan lagi biar mereka bermain diluar. Bila tiba senja, tutup saja langsir tingkap dan balkoni. Terutama kalau balkoni bilik anda menghadap laut atau pokok-pokok kelapa yang tinggi-tinggi.
Sebenarnya, ada banyak hotel yang berhantu di Malaysia dan juga hotel lain di seluruh dunia. Apapun, kami harap anda kini lebih bijak memilih bilik. Selamat bercuti dan jaga diri!
Baca juga:
4 Hotel Yang Dikatakan Berhantu Di Malaysia
“PKPB Jangka Pendek Beri Penambahan 100 Juta Kerugian Sektor Perhotelan,” – MAHO