Connect with us
Kool FM

Gaya Hidup

Awas! Tidur Mata Tak Tutup Rapat Mungkin Ini Puncanya..

Anda mengalaminya?

Published

on

Pernah tak anda tengok ada seseorang seperti dalam keadaan termenung tapi sebenarnya sedang tidur sambil mata terbuka. Ianya kedengaran pelik tetapi perkara ini benar-benar berlaku dalam kehidupan seseorang individu tersebut. Jadi bagaimana perkara ini boleh berlaku dan apa punca menyebabkan seseorang itu tidur dalam keadaan mata terbuka? Ketahui punca dan cara penyelesaiannya di bawah.

Masalah Saraf Dan Otot

Individu yang tidur dalam keadaan mata terbuka disyaki mungkin memiliki masalah saraf dan otot pada sekitar kelopak mata dan menghalang kelopak mata untuk tutup semasa waktu tidur. Kelemahan saraf pada kelopak mata boleh berlaku jika individu tersebut mengalami:

Kecederaan atau trauma pada bahagian mata

  1. Serangan strok
  2. Bell’s Palsy (lumpuh atau lemah otot muka)
  3. Terkena penyakit lyme, cacar air, guillain-barre syndrome dan sebagainya.
  4. Kelopak Mata Rosak

Congenital eyelid imbrication syndrome | Eye

Sindrom Kelopak Mata Floppy

Sindrom kelopak mata floppy atau floppy eyelid syndrome membuatkan seseorang individu tersebut tidak boleh menutup mata ketika tidur dan ia juga boleh menyebabkan masalah penyakit glaukoma serta optic neuropathy.

Penyakit Mata Thyroid

Jika anda mengalami masalah thyroid juga boleh terkena masalah tidur dengan mata terbuka kerana pembentukan hyperthyroidism atau thyroid yang terlalu aktif lalu menyebabkan bola mata menjadi besar dan sukar untuk tutup.

Genetik

Selain itu, faktor genetik juga memainkan peranan kerana jika ada di kalangan ahli keluarga mempunyai masalah nocturnal lagophthalmos atau tidak mempunyai kebolehan menutup kelopak mata ketika tidur. Ianya kedengaran pelik tapi terdapat kompaun genetik terhadap individu yang mengalami penyakit ini.

Surgery for Orbital Tumors | Weill Cornell Brain and Spine Center

Tumor

Selain itu, individu yang mempunyai tumor di sekitar saraf mata dan muka juga boleh menyebabkan individu tersebut mengalami kesukaran semasa waktu tidur dan menyebabkan individu tersebut tidur dengan mata terbuka.

Tangani Masalah Dengan Rawatan Ini:

  1. Berjumpa dengan doktor dan jawab segala soalan dengan penuh teliti.
  2. Selain itu, anda juga boleh melakukan ujian dengan mengukur jarak antara kelopak mata dengan pembaris.
  3. Ukur daya yang anda gunakan untuk menutup mata apabila anda berkerdip.
  4. Selain itu, pastikan anda kerap memakai eye drops untuk mengekalkan kelembapan mata.
  5. Jaga kebersihan persekitaran dan pastikan tiada habuk yang boleh menyebabkan mata berasa tidak selesa.

Tidur dengan mata terbuka merupakan satu penyakit yang harus diambil berat dan segera berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan. Jangan tangguh sehingga ia menyebabkan kesan terhadap penyakit lain baru hendak berjumpa doktor, jagalah kesihatan mata anda.

 

Baca juga:

Pasangan Mengadu Dengkuran Tidur Terlalu Kuat, Anda Mungkin Alami Apnea Sleep

Ini Rupanya Sebab Kucing Suka Tidur Bersama, Tapi Selamat Ke?

Sumber: Health Line, The Sleep Doctor

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement