Connect with us
Kool FM

Gaya Hidup

Awas Jika Air Kencing Berbuih!

Bahaya ye kalau buah pinggang rosak…

Published

on

Kadang-kadang, dari air kencing kita dah boleh tahu tentang keadaan kesihatan kita. Kali ini melalui Kool Talk, kita membincangkan tentang tahap kesihatan buah pinggang melalui keadaan air kencing kita. Isu ini boleh dikira penting juga sebab ada di antara kita yang sebenarnya sudah mempunyai masalah buah pinggang kronik tanpa disedari. Mungkin pada awalnya badan tidak menunjukkan sebarang petanda, tapi bila buat pemeriksaan rupanya buah pinggang sudah berada pada tahap yang serious.

Bagaimanapun, menurut Dato’ Dr. Zaki Morad, Pakar buah pinggang KPJ Ampang Puteri Specialist, punca penyakit buah pinggang bukanlah datang daripada makanan tetapi daripada penyakit kencing manis itu sendiri. Lebih 60% pesakit yang menerima rawatan dialisis mempunyai sakit kencing manis. Jadi tiada makanan yang khusus boleh merosakkan buah pinggang, tetapi pemakanan yang membawa kepada kencing manis dan darah tinggi akan secara tidak langsung merosakkan buah pinggang. 

Selain itu, kebanyakan suplimen tidak menjejaskan buah pinggang, tetapi pengambilan ubat-ubat tertentu seperti pain killer jika diambil secara kerap ia akan merosakkan buah pinggang. 

Perhatikan Air Kencing Anda…

Dr. Zaki juga menjelaskan tentang keadaan air kencing yang membawa petanda tentang kesihatan buah pinggang kita. Katanya, air kencing berbuih juga merupakan tanda kita mempunyai masalah kesihatan buah pinggang. Buih tersebut menandakan kandungan protein dalam badan yang tidak diserap oleh badan kita. Keadaan kedua yang perlu diperhatikan adalah air kencing berdarah. Ia mungkin menandakan radang buah pinggang.

Selain itu, cara seseorang kencing juga perlu diperhatikan, seperti kencing yang keluar perlahan-lahan atau tidak sempat ke tandas tetapi air kencing sudah keluar. Itu mungkin menandakan terdapat masalah buah pinggang. Buat lelaki yang merasakan kencing tidak puas dan berasa ingin kencing lagi selepas itu, ia mungkin menandakan kelenjar prostat bermasalah dan boleh menjejaskan buah pinggang jika berlarutan.

Bagi kalangan wanita pula, jika kencing itu kerap dan tidak puas, itu menandakan terdapat jangkitan kuman dalam kencing. Sebaiknya, dapatkan nasihat doktor sekirannya terdapat gejala-gejala yang dinyatakan ini. Tapi langkah awal bagi mencegah masalah buah pinggang adalah dengan menjaga pemakanan, jaga kesihatan dan pastikan minum air secukupnya. Kalau kurang minum air, buah pinggang mungkin boleh rosak. Jika mempunyai masalah kesihatan lain, lagilah perlu titik beratkan gaya hidup sihat. 

Untuk dengarkan lebih lanjut perbincangan ini, klik saja di sini.

Baca juga artikel menarik lain:

Wajarkah Kesalahan Siber Diklasifikasikan Sebagai Kesalahan Jenayah?

Berapa Kali Sebenarnya Boleh Guna Pisau Cukur Sama? Ini Fakta Yang Anda Perlu Tahu

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement