Connect with us
Kool FM

Gaya Hidup

Apa Perlu Buat Kalau Anda Mengalami Burnout? Ikut Pesanan Pakar ini

Ikut perkongsian pakar ini untuk tangani burnout…

Published

on

Apa itu burnout? Ia merupakan satu keadaan emosi, mental dan keletihan fizikal yang disebabkan oleh tekanan berlebihan yang berpanjangan. Situasi ini terjadi apabila diri diselubungi kesedihan dan tidak dapat memenuhi keperluan diri atau terlalu banyak tekanan kerja dalam jangkamasa yang amat panjang.

Apa yang akan berlaku pada diri kita apabila mengalami burnout adalah kita tidak akan dapat berfungsi dengan baik secara mental dan fizikal. Ianya bukanlah perkara remeh dan boleh diubati dengan hanya pergi bercuti atau berehat di rumah. Jika tidak dicari punca burnout ini, dikhuatiri akan menjejaskan produktifiti kerja pula.

Melalui perkongsian dengan seorang pemanggil ini, kerja sebagai peniaga benar-benar membuatkan dirinya berasa letih hampir setiap hari. Dengan keadaan suami yang kurang sihat, dia terpaksa melakukan semua kerja seorang diri. Kongsinya lagi, waktu rehat tidak selalu ada, ditambah pula dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang menghadkan pergerakannya. Jadi tak boleh berjalan sangat untuk menghilangkan rasa stress. Itulah sedikit sebanyak situasi yang dialaminya sehingga menyebabkan burnout

Komunikasi Yang Baik Dengan Pasangan Mampu Tangani Burnout

Bagaimanapun, menurut Puan Rozita Shaari, Pakar Keluarga dan Kasih Sayang, setiap orang tidak terlepas daripada mengalami burnout. Beliau yang turut dikenali dengan panggilan Ibu Rose berkata, burnout ini boleh berlaku dari segi mental, emosi, fizikal dan juga kerohanian. Dari segi fizikal, contohnya apabila seseorang itu tidak mendapat rehat yang cukup sehingga badan menampung penat yang melampau. 

Manakala dari segi mental pula adalah apabila seseorang terlalu banyak memikirkan perkara yang berat-berat seperti risau hal kerja dan rasa takut dengan hal di rumah. Tambah beliau, rasa tidak dikasihi juga boleh menjadi punca kepada burnout, iaitu dari segi emosi. 

Bagi pasangan suami isteri pula, komunikasi itu sangat penting bagi mengurus burnout. Sekirannya salah seorang burnout, maka ada tempat untuk mengadu atau meluahkan ras stress di rumah. Bagaimanapun, pasangan haruslah pandai mendengar dengan hati dan bukan sekadar mendengar kosong sahaja. Selain itu, beliau turut nyatakan bahawa kita memerlukan kekuatan jiwa dan kerohanian juga untuk menangani gejala burnout.

Burnout Bukan Penyakit, Tetapi Stress Di Tempat Kerja

Sementara itu, menerusi perkongsian dengan Dr. Hazli Zakaria, Pakar Psikiatri dan juga Presiden Persatuan Psikiatri Malaysia menyatakan bahawa burnout ini bukanlah satu penyakit, tetapi keadaan di mana seseorang terlalu tertekan dengan pekerjaan mereka. Ia merupakan stress yang hanya berlaku di tempat kerja sahaja. 

Menurut beliau, seseorang yang burnout akan menunjukkan gejala seperti tidak mampu melakukan tugasan di pejabat, sedangkan sebelum ini kerja-kerja di pejabat semua dilakukan dengan sempurna. Selain itu, Hazli turut berkongsi tanda awal burnout adalah rasa malas melakukan kerja walaupun sudah lama bekerja di tempat tersebut. Jika berlaku keadaan seperti ini, Hazli menasihatkan untuk berjumpa dengan pakar bagi mengetahui punca kepada burnout tersebut. 

Apa yang perlu dilakukan sekiranya nampak tanda-tanda awal burnout adalah untuk memastikan terlebih dahulu puncanya. Tak naklah kita buat keputusan terburu-buru dengan berhenti kerja, sedangkan kita ada cara untuk mengatasinya. Selain bebanan kerja, Hazli turut nyatakan tiada sokongan dari majikan di tempat kerja serta insiden tikam belakang turut boleh menjadi punca kepada burnout. Jadi, carilah punca yang sebenar terlebih dahulu sebelum buat keputusan selanjutnya.

Kalau terlepas perbincangan topik ini, klik link ini untuk dengar lebih lanjut.

Baca juga artikel menarik lain:

Padah Tayang Video Rentas Negeri, Polis Buru “Influencer” Media Sosial Langgar SOP

“Konon Al-Hafiz..” – Lupakan Isu K-Pop, Netizen Kini Bergabung Pertahankan Ustaz Kazim Elias #protectustazkazimelias

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement