Connect with us
Webinar Kool

Semasa

Apa Perbezaan Antidot, Antibiotik & Virus?

Beliau turut menjelaskan proses vaksin untuk COVID-19

Published

on

Boleh dikatakan hampir setiap hari seluruh rakyat Malaysia malah satu dunia mengharapkan keberhasilan ubat yang dapat menghapuskan virus berbahaya, COVID-19.

Namun, tidakkah apa yang menjadi persoalan dalam kalangan masyarakat kita adalah apakah perbezaan antidot, antibiotik dan virus? Bagi menjawab persoalan ini, Kool FM meminta Pakar Jangkitan Kuman, KPJ Ampang Puteri Specialist Hospital, Dr Muhamad Yazli Yuhana untuk merungkaikan teka-teki ini.

Menurutnya, untuk kes COVID-19 tiada istilah antibiotik tapi antiviral di mana untuk merawat individu yang sudah terkena virus dan sama sekali berbeza dengan vaksin.

“Bagi mereka yang tertanya-tanya apa itu vaksin, vaksin adalah untuk mencegah individu yang sihat atau golongan yang belum lagi terkena jangkitan COVID-19. Pendek kata, untuk mengelakkan dari seseorang dijangkiti virus,” jelasnya ringkas.

Manakala, antidot pula tidak ada kena-mengena dengan segala virus kerana fungsi antidot adalah untuk individu yang sudah terkena racun.

Dalam masa yang sama, beliau turut menjelaskan proses vaksin untuk COVID-19 di mana sekarang pihak WHO sudah pun mempercepatkan proses dalam penghasilan vaksin bagi menyelamatkan nyawa ramai.

Untuk dengarkan lebih lanjut yang dibincangkan AG, Muaz dan Haiza dalam di Kool FM, dengan hanya klik di sini.

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

[TERKINI] PKPB Di KL, Selangor, dan Putrajaya Dilanjutkan 2 Minggu Lagi

Malas Gosok Gigi Sebelum Tidur Boleh Mengundang Pelbagai Penyakit

 

 

 

 

 

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement